Dari darulkautsar.net
Soalan: Apakah pendapat Shari’ah tentang tontonan televisyen kepada orang yang berpuasa pada bulan Ramadan?
Jawapan: Televisyen merupakan salah satu sarana yang mempunyai kebaikan dan keburukan. Hukum sarana sentiasa mengikuti hukum matlamat. Televisyen seperti radio dan suratkhabar. Padanya ada yang baik dan ada yang jelek. Menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk memanfaatkan apa yang baik dan menjauhi apa yang jelek sama ada dia sedang berpuasa atau tidak. Namun pada waktu berpuasa, seseorang itu perlu lebih bercermat sehingga tidak merosakkan puasanya dan tidak melenyapkan pahalanya serta terhalang dari mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.
Oleh itu, saya tidak mengatakan menonton televisyen itu halal secara mutlak atau haram secara mutlak. Sebenarnya ia menurut apa yang disaksikan dalam televisyen. Sekiranya ia sesuatu yang baik maka harus menontonnya dan mendengarnya seperti sesetengah rancangan keagamaan, berita-berita, program-program yang membimbing kepada kebaikan. Sekiranya siarannya itu jelek seperti adegan tarian lucah dan sebagainya maka ia adalah haram pada setiap masa dan lebih-lebih lagi pengharamannya pada bulan yang mulia ini.
Sesetengah rancangan dimakruhkan menontonnya walaupun tidak sampai kepada peringkat haram dan setiap jalan yang menghalang dari mengingati Allah s.w.t. adalah haram. Sekiranya tontonan televisyen itu atau mendengar radio dan sebagainya melalaikan daripada kewajipan yang ditentukan Allah s.w.t. seperti sembahyang, dalam keadaan ini, ia diharamkan. Diharam setiap perkara yang menyibukkan diri dari sembahyang. Ketika mana menyatakan sebab pengharaman arak dan judi, Allah s.w.t. menjadikan salah satu daripadanya:
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (surah al-Ma`idah: 91)
Menjadi kewajipan kepada pihak yang bertanggungjwab terhadap program-program televisyen sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t. dalam menyajikan kepada masyarakat terutamanya pada bulan Ramadan sebagai menjaga kehormatan bulan yang diberkati ini dan sebagai membantu mereka taat kepada Allah s.w.t. serta memperolehi bekalan. Ini sangat penting supaya dapat dihindarkan dari menanggung dosa sendiri bahkan menanggung juga dosa-dosa orang yang menonton. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Allah s.w.t.
لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ
(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari Qiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; Sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu. (Surah al-Nahl: 25)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
darulkautsar.net Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’ karan...
-
Oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah Pada kesempatanbulan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu lagi subjekfiqh yang jar...
-
Oleh: zain y.s (al-ahkam.net) Sumber: darulkautsar.net Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid...
-
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramad...
-
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada...
No comments:
Post a Comment