Pages

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI
Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Kalau Sudah Namanya Penipu

Diriwayatkan bahawa seorang penipu hadith bernama Ma'mun bin Ahmad telah menyampaikan sebuah hadith dengan mendakwa dia telah mendengar hadith tersebut daripada seorang tabien yang bernama Hisyam bin Ammar (perawi hadith yang siqah di Syam).
Lalu Imam Ibn Hibban rahimahullah pun menguji Ma'mun bin Ahmad ini dengan bertanya kepadanya, bilakah engkau memasuki Syam? Dia pun menjawab pada tahun 250 hijrah.
Maka dibalas oleh Ibn Hibban dengan mengatakan ;
فإن هشام بن عمار الذي تروي عنه مات في سنة خمس وأربعين ومائتين
Hisyam bin Ammar yang kamu dakwa meriwayatkan hadith daripadanya itu sudah meninggal dunia pada tahun 245 hijrah (5 tahun sebelum kamu memasuki Syam bagi mendedahkan pendustaannya).
Lalu dia pun kemudian cepat-cepat menutupi penipuannya dengan mengatakan ini ialah Hisyam bin Ammar yang lain.
[Al-Majruhin min al-Muhadithin, Ibn Hibban]
# Kalau dahulu pun orang sudah berani menipu dalam agama, maka berhati-hatilah kita pada masa kini.
Zaman yang penuh kepalsuan dan penyelewengan. Ambil agama daripada sumber yang dipercayai agar selamat dunia akhirat!

Ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad

Wednesday, November 11, 2015

Kerana Dosa dan Keaiban Kita Dipelihara Allah

Kata Imam Abu Al-Wafa' bin 'Aqil (wafat 513 Hijrah):
العاقل من عرف نفسه ولا يغيره مدح من لا يخبرها
Orang yang berakal ialah orang yang kenal hakikat dirinya sendiri dan tidak terpedaya dengan pujian orang-orang yang (sebenarnya) tidak tahu siapa dirinya (yakni diri orang yang dipuji itu) yang sebenar.
[Al-Muntazam fi Tarikh Al-Umam, Ibn Jauzi]
Manusia memuji kita kerana mereka tidak mengenali diri kita, tidak mengetahui dosa dan kekurangan kita. Andaikata dosa itu dapat dihidu dan berbau nescaya tiada sesiapa pun yang akan sudi mendekati diri kita apatah lagi mahu memuji dan menyanjungi.
Seperti yang disebut oleh seorang tabien yang bernama Muhammad bin Wasi' Al-Azdi rahimahullah ;
لو كان للذنوب ريح، ما قدر أحد أن يجلس إلي
Kalaulah dosa itu memiliki bau, nescaya tiada sesiapa pun yang akan sanggup untuk duduk denganku.
Kepada Allah-lah segala pujian dikembalikan, Dia-lah yang memberikan kita segala apa yang menjadi punca orang memuji, Dia-lah yang menyembunyikan aib kita sehingga tiada orang yang boleh mengeji.
Dia-lah Tuhan yang Maha Terpuji!

Ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad

Thursday, November 5, 2015

Jangan Berputus Asa Daripada Istighfar

Ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad

قيل للحسن البصري : ألا يستحيى أحدنا من ربه يستغفر من ذنوبه ثم يعود ، ثم يستغفر ثم يعود ؟

Seseorang berkata kepada Hasan al-Basri rahimahullah ; Tidakkah salah seorang daripada kita merasa malu terhadap TuhanNya? Dia meminta ampun daripada dosanya kemudian dia kembali berbuat dosa kemudian dia meminta ampun lagi dan kemudian kembali lagi berbuat dosa?

Kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah ;

ود الشيطان لو ظفر منكم بهذا ، فلا تملُّوا من الاستغفار

Syaitan akan suka jika berjaya membuat kamu merasa sedemikian sebaliknya janganlah kamu sekali-kali berputus asa daripada memohon keampunan (beristighfar).
[Riwayat Ibnu Abi Dunya]
# KIta memang sering berbuat dosa, namun janganlah sampai dosa menghalang kita daripada menagih rahmat daripada-Nya!

Wednesday, October 28, 2015

Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain?

Adakalanya kita merasa cemburu dengan pencapaian, kejayaan, harta & perolehan orang lain. Tanpa DIKAWAL, cemburu itu boleh memakan diri, menghasil dengki, muram, murung & stress berlebihan.
Kawal ia dengan positifkan diri untuk menuruti kejayaannya secara halal ( jika relevan), itu namanya 'ghibtah'
Kawal ia dengan yakini itu rezekinya dan ujian baginya. Tiada siapa boleh halang jika ia juga BAKAL menjadi rezeki kita..justeru, tiada perlu muram, sedih & stress melampau.
Kawal ia dengan rasa kejayaan itu adalah hasil kerja dan jalan berliku lagi berat dia sebelum ini, maka layaklah baginya dan tiadalah kita hadapi cabaran & keletihan sebegitu justeru tiadalah hasil sepertinya.
Kawal ia dengan lihat umurnya, mungkin beza tahun pengalaman dan umur punca seseorang perolehi lebih banyak dari kita yang mungkin masih muda.
Kawal ia dengan melihat rezeki yang telah kita perolehi serta bersyukur, reda serta terus berusaha dan JANGAN fokus kepada apa yang kita tiada..
KAWAL ia dengan yakini kebahagian bukan semestinya sama dari satu orang kepada yang lain, berjaya , kaya dan terkenal sepertinya BELUM tentu bahagia, MAKA BAHAGIAKAN diri kita dengan apa yang ada, itu rezeki paling mahal.

Ditulis oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Popular Posts