Pages

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI

Tuesday, December 28, 2010

Penemuan pakar arkeologi Israel ubah teori evolusi

BAITULMAQDIS: Pakar arkeologi Israel semalam berkata, pihaknya menemui bukti bahawa manusia moden wujud lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini, sekali gus mengucar kacirkan teori asal usul manusia.

Satu pasukan penyelidik dari Universiti Tel Aviv yang membuat kajian di dalam sebuah gua di tengah Israel menemui gigi berusia 4000,000 tahun yang menyerupai gigi manusia moden yang digelar oleh saintis Homo Sapien.
Bukti kewujudan terawal Homo Sapien sebelum ini berusia separuh daripada usia itu.

“Ia adalah penemuan yang menarik,” kata pakar arkeologi Avi Gopher. Pasukannya memeriksa gigi itu dengan sinaran X dan pengimbas CT, seterusnya menganggar usianya berdasarkan lapisan tanah di mana gigi itu ditemui.

Beliau menjelaskan kajian seterusnya perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan kesimpulan yang dibuat. Jika usia itu terbukti betul, beliau berkata: “Ia mengubah teori evolusi sekarang.”

Teori sains yang diterima sekarang ialah manusia moden menetap di Afrika 700,000 tahun lalu. Sekumpulan manusia moden itu berpindah ke Eropah dan berkembang menjadi Neanderthal yang kemudian pupus, manakala sekumpulan lagi kekal di Afrika dan berkembang menjadi Homo Sapien.
Gopher berkata, jika gigi ditemui itu dibuktikan adalah daripada Homo Sapien ini bermakna manusia moden berasal dari Israel.

Sir Paul Mellars, seorang pakar kajian purba dari Universiti Cambridge, berkata kajian Israel itu boleh diyakini, tetapi gigi yang ditemui masih belum dibuktikan daripada seorang manusia moden.

“Ia mungkin dari Neanderthal,” katanya.

Gopher berkata, pihaknya yakin dapat menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam gua purba itu.

Gua Qesem itu ditemui pada 2000 dan kerja menggali bermula pada 2004. Gopher bersama rakan penyelidiknya, Ran Barkai dan Israel Hershkowitz menerbitkan kajian mereka itu di dalam American Journal of Physical Anthropology. – AP

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Popular Posts