Pages

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI

Sunday, October 24, 2010

Nasib bahasa Melayu di bumi Melayu

Mingguan Malaysia 17 Oktober 2010

Saya amat musykil kenapa kita perlu menyambut bulan bahasa kebangsaan peringkat kebangsaan, satu bahasa yang sedia termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan yang mesti dikuasai oleh setiap rakyat Malaysia tanpa berkecuali. Kenapa perlu kita mengadakan program sebegini setelah 53 tahun merdeka? Tidakkah tanggungjawab asas ini mesti difahami dan perlu dipikul oleh setiap rakyat Malaysia? Kenapa baru hari ini kita mahu kuatkuasakan iklan dan papan tanda dalam bahasa Melayu? Tidakkah kita merasa jelek selama ini melihat papan-papan tanda menggunakan bahasa yang pelik-pelik? Sebenarnya, kita tidak sensitif dengan identiti atau jati diri kita sendiri. Kita rasa lebih berlagak kerana dapat memahami bahasa (budaya) orang lain daripada bahasa (budaya) bangsa sendiri.

Sejak dahulu lagi isu ini telah dibangkitkan oleh pejuang-pejuang bahasa, tetapi ia tidak diendahkan, baharu sekarang kita mahu mengambil berat. Apakah sudah terlambat? Yang selalu kedengaran adalah kelantangan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong dalam mempertahankan bermatian-matian akan bahasa ibunda mereka. Kita baru mula insaf setelah nasi menjadi bubur. Orang lain bukan sahaja sudah insaf lama, tetapi mereka langsung tidak pernah mengenal erti putus asa. Namun, saya tetap bersangka baik, daripada tiada langsung, lebih baik ada.

Kadangkala saya tidak menyalah bangsa lain, kerana tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Kita sahaja yang tidak mahu menggunakan peruntukan dan kuasa yang ada untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan ini. Saya tidak pasti sejauhmanakah kita mengimplementasikan syarat wajib lulus dalam bahasa Melayu mendapatkan kerja di sektor swasta? Apa yang saya tahu, langsung tidak ada pengawalan. Sama ada mereka lulus atau gagal bahasa Melayu, atau mungkin langsung tidak tahu berbahasa Melayu, sudah tidak menjadi ukuran. Yang penting adalah Malaysia boleh! Kenapakah kepentingan masa depan ini tidak dilihat secara serius?

Bahrain Akan Dikuasai Syiah?


Melalui pemilihan parlemen yang diselenggarakan Sabtu besok, golongan Syiah di Bahrain, tidak mau lagi dibawah 'ketiak' kekuasaan golongan Sunni, dan mereka memperjuangkan untuk mendapatkan mayoritas parlemen. Dengan cara itu, golongan Syiah akan dapat berkuasa di Bahrain, yang selama ini dipimpin  golongan Sunni.
"Kita tidak memiliki pilihan, kecuali ikut dalam pemilihan untuk mendapatkan kekuatan mayoritas diparlemen, kalau tidak maka kondisi kita akan semakin buruk", ujar anggota perlemen Syiah Dr Jasim Husain.
Dr Husain adalah anggota partai politik Syiah Al-Wifaq. Di mana golongan Syiah di Bahrain memiliki 17 kursi di parlemen. Ini menunjukkan Syiah di Bahrain menjadi kekuatan politik yang signifikan. Sehingga, Syiah di Bahrain memainkan peranan politik penting, khususnya dalam mementukan berbagai kebijakan di negeri Teluk yang kaya minyak itu.
Syiah untuk menjadi mayoritas di negara Teluk, memang tidak mudah. Tetapi dalam beberapa tahun terakhir ini, sesudah perubahan politik di Lebanon, Irak, dan beberapa negara Teluk, menunjukkan Syiah semakin menggeliat dan posisinya sangat strategis.
Maka, kalau dilihat lingkarannya seperti 'Bulan Sabit', yang melingkar mulai dari Lebanon dengan pengaruh Syiah (Hesbollah dan Amal), Irak, Iran, Negara-negara Teluk, sampai membujur ke arah Yaman. Ini semua menggambarkan perubahan penting perkembangan Syiah saat ini. Dulu, di Irak tak pernah muncul golongan Syiah, sejak Daulah Umayyah maupun Abbasiyah, tetapi sekarang mereka mulai menjadi kekuatan politik.
Digulingkannya Saddam Husien oleh AS, justru melahirkan rejim baru di Irak, yang lebih bercorak Syiah. Dan sekarang ini semakin nampak aliansi strategis antara Irak dengan Iran, Suriah, dan Lebanon, dan khususnya negara-negara di kawasan Teluk.
Terjadinya gelombang penangkapan pada  Agustus, dan  pengkhianatan oleh 23 tokoh oposisi Syiah terkemuka, serta  kebencian yang membara terhadap Syiah, dan pemerintah telah berusaha untuk membungkam kritik menjelang pemungutan suara hari Sabtu, tetapi semuanya itu menambah simpati terhadap golongan Syiah di Bahrain.
Nabeel Rajab Bahrain, yang memimpin Pusat Hak Asasi Manusia di Bahrain, mengatakan, "Saya dapat meyakinkan Anda [penangkapan] tidak memiliki hubungan dengan pemilu", ujarnya. Sebelumnya, pemerintah telah menangkap 23 aktivis Syiah, dan akan diadili atas tuduhan terorisme, mereka dituduh merencanakan untuk menggulingkan pemerintah, dengan  menghasut, dan melakukan protes jalanan yang meningkat dalam beberapa tahun terakhir.
Menteri Dalam Negeri mengatakan pemilu yang transparan adalah langkah penting di Bahrain dan merupakan jalan menuju masyarakat yang terbuka dan demokratis, ucapnya. "Masalah utama adalah kita menciptakan sebuah sistem yang inklusive. Tidak peduli apa mazhab anda. Kami selalu menyatakan kita harus melakukan dialog politik kita di bawah payung negara ", katanya.
Keluarga Al-Khalifa telah memerintah sejak 1783. Sekarang monarki konstitusional dengan majelis legislatif terpilih; Syiah yang mayoritas menuntut kekuatan lebih besar dari penguasa Sunni. Dan, ini menunjukkan betapa pengaruh Syiah di Timur Tengah semakin kuat, dana akan menjadi ancaman stabilitas khususnya di negara-negara Teluk. (m/bbc)

Friday, October 22, 2010

DAP akan mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan

DAhttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita36/anthonylokeijtimak.JPGBuletin Online - Lebih 10,000 hadir sambutan pra-Ijtimak
SETIU
- Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan  parti itu akan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata demikian dihadapan lebih 10,000 orang yang menghadiri ceramah perdana yang menjadi acara kemuncak sambutan pra Ijtimak Kepimpinan PAS ke-8 disini semalam, 22 Oktober.

"pentadbiran (negeri) pakatan rakyat termasuk daripada DAP (Pulau Pinang) tidak sama sekali tidak menghormati Islam dan tidak sama sekali anti Islam, dan kita menghormati agama masing-masing,

"agama Islam sebagai agama persekutuan akan diperatahankan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kerana ini (ia) telah dipersetujui bersama,"ujarnya ketika menyampaikan ucapannya (Gambar kanan)

Sebaliknya menurut beliau Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya anti Islam.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam daripada RM12 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan BN sebelumnya kepada RM24 juta apabila Pakatan Rakyat memerintah.

"Bawah BN RM12 juta, bawah Pakatan Rakyat RM24 juta, kalau menurut peruntukan ini, siapa yang anti Islam? Yang anti Islam (adalah) Barisan Nasional,'jelasnya .

Beliau berkata DAP mempunyai sebarang masalah dengan agama Islam tetapi yang menjadikannya satu masalah adalah Umno kerana Umno semakin tertekan.

Katanya dalam masa tiga tahun kebelakangan ini, Pakatan Rakyat telah menjadi satu kuasa yang benar-benar dapat mencabar Umnoi dan BN, yang tidak pernah berlaku sejak 50 tahun yang lalu.

Turut berucap dalam ceramah tersebut adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar negeri Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Dengar ucapan Tnthony Loke melalui Buletinonline Radio

Monday, October 18, 2010

Kerajaan Umno/BN Serius Bangunkan Tasik Kenyir?

Dari Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/kenyir1.JPG- 11 projek dijanjikan, hanya 1 yang berjalan
HULU TERENGGANU - Kerajaan Negeri Umno/BN Terengganu dilaporkan serius membangunkan Tasik Kenyir dengan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said berjanji akan membuktikan Pulau Bayas menjadi kawasan bebas cukai dalam tempoh 18 bulan akan datang.

(Gambar atas - kemudahan elektrik dari tenaga solar di Taman Rekreasi Gua Bewah, tidak berfungsi)

Ahmad Said menyatakan demikian apabila beliau ditanya berkenaan dakwaan Bendahari PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid yang menyifatkan cadangan kerajaan negeri tersebut adalah 'suatu gimik politik' menjelang pilihanraya umum ke-13.

Haji Muhyiddin dalam kenyataannya yang diterbitkan oleh Buletinonline 7 Oktober lalu berkata beliau masih curiga dengan perkara tersebut kerana menurutnya sebelum ini pelbagai cadangan yang telah dikemukakan dengan pelbagai slogan seperti  'Bandar Bawah Tasik' dan 'Pelabuhan Darat', namun hilang begitu sahaja,

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/kenyir3.JPGMengulas lanjut isu berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak menegaskan, pembangunan di Tasik Kenyir bukan setakat 'gimik poliitik' bahkan menambahkan peluang pemimpin Umno dan kroni mendapat laba dari pelbagai projek yang dilaksanakan.

(Gambar kanan - Bot jutaan ringgit, tersadai di Pengkalan Gawi)

Namun begitu, Dr Alias berkata, sehingga kini sudah setahun sejak bajet 2010 diluluskan dalam Sidang DUN, projek-projek pembangunan pulau-pulau sebagaimana yang dijanjikan oleh MB belum dilaksanakan.

"Dalam buku Jawapan Kepada Soalan Bertulis, Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke 12 pada 21 hingga 23 Disember lalu, sebelas projek disenaraikan bagi pembangunan baru Tasik Kenyir dengan kos RM298 juta,

"sehingga kini berdasarkan senarai itu, hanya santuari gajah yang telah dilaksanakan,"jelas beliau.

Beliau berkata demikian setelah membuat tinjauan ke Tasik Kenyir pada Khamis 14 Oktober lalu. (Gambar bawah - Dr Alias ketika mengadakan tinjauan ke Tasik Kenyir)

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/dralias.jpgMenurutnya, bot-bot mewah yang dibeli oleh Ketengah untuk tujuan Island hopping berharga jutaan ringgit masih tersadai di jeti Pengakalan Gawi, manakala pulau-pulau yang dicadang untuk dijadikan pulau Anggur, Rambutan, Kaktus dan Heliconia masih dalam keadaan semak samun.

Bahkan dalam jawapan rasmi Dewan Undangan Negeri tersebut telah dinyatakan kos bagi Pulau Bebas Cukai adalah hanya RM80 juta sahaja.

"Jadi dari mana datangnya perbelanjaan pembangunan Pulau Bebas Cukai sebanyak RM100 juta seperti yang umumkan MB baru-baru ini? Bila hutan dan semak samun bagi pulau-pulau yang MB janji untuk akan dibersihkan dan dibangunkan?,"soal Dr. Alias.

Katanya, sebelum ini banyak lagi janji-janji Ahmad yang hanya tinggal janji seperti projek tanam sawit keliling rumah dan pemberian tanah 10 ekar seorang untuk pesawah di Mak Jintan.

Dalam pada itu, Dr. Alias yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri cukup kesal dengan kenyataan-kenyataan Ahmad yang sepatutnya meneliti sesuatu perkara sebelum memberikan jawapan.

Katanya, dalam tinjauannya ke Tasik kenyir baru-baru ini bukan hanya kemudahan-kemudahan baru belum dibina, kemudahan rekreasi yang telah ada juga telah rosak dan dalam keadaan yang menyedihkan.

"Di Gua Bewah dan kawasan perkhemahan sekitarnya, kononnya menggunakan tenaga solar dan membina kemudahan tandas dan lain-lain, namun semuanya dalam keadaan rosak dan punah jahanam, Ahmad perlu melihat dan teliti bukan bercakap itu 'dang',"tegasnya.

Berita berkaitan;
Ayam, kawan baik MB Bina Pulau Burung

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/soaldun%20002.jpg

Panduan memilih pendapat agama untuk orang awam

Oleh Ustaz Emran

Pada hari ini umat Islam berdepan dengan kekeliruan dan kebuntuan di dalam memilih pendapat agama dan fatwa di dalam kehidupan mereka. Masalah ini tidaklah semudah sentuhan mata kerana ianya melibatkan banyak perkara termasuk berhubung kait dengan faktor individu, lokasi tempat tinggal dan pendedahan kepada perkembangan ilmu.

Allah SWT befirman yang bermaksud : “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl : 43)

Ayat di atas menjadi dalil dan pertunjuk kepada orang ramai untuk meminta fatwa atau bertanya masalah agama kepada orang alim dan mereka yang mempunyai pengetahuan agama.
Walaubagaimanapun orang ramai pada hari ini mempunyai pelbagai macam ragam dan perangai, apabila bertanya soal jawab agama pun ada di kalangan kita yang hanya mahu mengambil pendapat yang mudah dan membawa kepentingan kepada dirinya sendiri.

Misalnya suatu ketika dahulu ada seseorang bertanya kepada saya apakah hukumnya bersentuhan tangan antara lelaki dan perempuan ? apabila diberitahu kepadanya bahawa hukumnya ialah haram maka dia pun berhujah kembali akan pendapat itu dan ini untuk cuba mempertahankan pendapat keharusan bagi lelaki dan wanita untuk bersalaman atau bersentuhan tangan selama tidak syahwat.

Sebenarnya orang seperti ini sudah pun bertanya ke sana sini dan mempunyai pendapatnya sendiri tetapi mereka mahukan persetujuan daripada para ustaz atau ahli agama supaya mereka boleh mengamalkan pendapat pilihan mereka dengan senang hati. Jika kelak pendapat mereka itu dipertikaikan maka mereka pun berkata dengan angkuh : “Pendapat ini sudah pun saya tanyakan dan dipersetujui oleh ustaz sekian dan sekian.”

Masalah sikap umat Islam yang suka menjual nama ustaz, mufti dan para ulama ini sudah berlaku sejak zaman awal Islam lagi apabila wujud sebahagian umat Islam yang suka mengikut hawa nafsu mereka sanggup membuat dakwaan bahawa sesuatu pendapat itu merupakan pendapat ulama sekian dan sekian sedangkan hakikatnya ia adalah bukan dan dilakukan oleh mereka yang tidak takutkan Allah dan hari akhirat.

Pernah juga berlaku sebuah kisah benar dalam masyarakat, sepasang kekasih yang telah bercinta sekian lama namun akhirnya mendapati mereka sebenarnya mempunyai talian persaudaraan dan hubungan darah. Jika mengikut hukum Islam mereka sepatutnya harus berpisah dan haram bernikah. Namun demi menghalalkan perhubungan cinta mereka, pasangan kekasih ini kemudian memilih untuk mengikut mazhab syiah yang mengharuskan perkahwinan sedemikian.

Saturday, October 16, 2010

Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa

Dari drmaza.com

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.


Saifuddin, Johor.

Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;

Monday, October 11, 2010

Syiah Menghina Isteri Nabi SAW

RIYADH: Badan tertinggi Islam Arab Saudi mengeluarkan fatwa tegas mempertahankan isteri Nabi Muhammad, Aisyah, semalam selepas seorang aktivis Kuwait menghinanya.
Menurut Majlis Fatwa Arab Saudi, tindakan menghina isteri Rasulullah atau meragui keluarga baginda melalui isterinya - terutama Aisyah - adalah jenayah amat berat.

“Kenyataan itu adalah satu fitnah, penghinaan dan keji,” kata badan itu.

Kenyataan itu dianggap reaksi kepada komen seorang aktivis Syiah Kuwait yang hidup dalam buangan di London, Yasser al-Habeeb, awal September lalu.

Yasser mengeluarkan kata-kata menghina Aisyah dalam satu majlis memperingati isteri Rasulullah yang digelar ‘ibu orang yang beriman’.

Bagi kebanyakan pengikut Syiah, Aisyah dibenci kerana kononnya dianggap berperanan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam satu ketika dulu.

Komen Yasser sekali gus meningkatkan kembali ketegangan di antara pengikut Sunnah Kuwait dan golongan minoriti Syiah di negara itu.

Selepas Yasser mengeluarkan kenyataan itu, pihak berkuasa Kuwait melarang sebarang protes bagi mengelak tercetus keganasan.

Kewarganegaraan Yasser juga dilucutkan.

Dia menetap di England sejak 2004 selepas melarikan diri daripada hukuman penjara kerana mengeluarkan kenyataan menghina ke atas dua khalifah terawal Islam, Abu Bakar dan Umar. Sesetengah pihak berpendapat, Yasser sengaja membuat kenyataan itu untuk mencetuskan konflik Sunnah - Syiah di rantau Teluk.

Bagaimanapun, menurut laporan media, pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa pada 2 Oktober lalu melarang penganut Syiah menghina Aisyah atau mana-mana pemimpin Sunnah . - AFP

Sumber : MyMetro

Saturday, October 9, 2010

Rebut Jawatan : Umno Sudah Kehabisan Oksigen

Diharap penyakit UMNO ini (rasuah dalam merebut jawatan) tidak merebak ke dalam gerakan Islam. Pangkat dan harta bukanlah suatu ujian yang kecil. Entah berapa ramai yang telah jatuh kerana ghairah memburu jawatan dan kekayaan melalui cara yang tidak betul - detektif tajdid

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.

Teguran beliau yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti. Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk “E-Class”, yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja. Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan “mee segera” dengan menjadi “ jutawan 10 persen”.

Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat. Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan Puteri. Bertepatan pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

PAS berpandangan apabila parti Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat kehancuran. Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan “Sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)”.

Oleh itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari.

Popular Posts