RIYADH: Badan tertinggi Islam Arab Saudi mengeluarkan fatwa tegas mempertahankan isteri Nabi Muhammad, Aisyah, semalam selepas seorang aktivis Kuwait menghinanya.
Menurut Majlis Fatwa Arab Saudi, tindakan menghina isteri Rasulullah atau meragui keluarga baginda melalui isterinya - terutama Aisyah - adalah jenayah amat berat.
“Kenyataan itu adalah satu fitnah, penghinaan dan keji,” kata badan itu.
Kenyataan itu dianggap reaksi kepada komen seorang aktivis Syiah Kuwait yang hidup dalam buangan di London, Yasser al-Habeeb, awal September lalu.
Yasser mengeluarkan kata-kata menghina Aisyah dalam satu majlis memperingati isteri Rasulullah yang digelar ‘ibu orang yang beriman’.
Bagi kebanyakan pengikut Syiah, Aisyah dibenci kerana kononnya dianggap berperanan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam satu ketika dulu.
Komen Yasser sekali gus meningkatkan kembali ketegangan di antara pengikut Sunnah Kuwait dan golongan minoriti Syiah di negara itu.
Selepas Yasser mengeluarkan kenyataan itu, pihak berkuasa Kuwait melarang sebarang protes bagi mengelak tercetus keganasan.
Kewarganegaraan Yasser juga dilucutkan.
Dia menetap di England sejak 2004 selepas melarikan diri daripada hukuman penjara kerana mengeluarkan kenyataan menghina ke atas dua khalifah terawal Islam, Abu Bakar dan Umar. Sesetengah pihak berpendapat, Yasser sengaja membuat kenyataan itu untuk mencetuskan konflik Sunnah - Syiah di rantau Teluk.
Bagaimanapun, menurut laporan media, pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa pada 2 Oktober lalu melarang penganut Syiah menghina Aisyah atau mana-mana pemimpin Sunnah . - AFP
Sumber : MyMetro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
darulkautsar.net Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’ karan...
-
Oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah Pada kesempatanbulan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu lagi subjekfiqh yang jar...
-
Oleh: zain y.s (al-ahkam.net) Sumber: darulkautsar.net Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid...
-
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramad...
-
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada...
No comments:
Post a Comment