Pages

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI

Saturday, December 25, 2010

Askar bakal dapat kuasa Terminator

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) bakal mampu melihat bahaya yang datang dari arah belakang dan menentukan objek yang berada pada jarak satu kilometer berdasarkan penyelidikan yang sedang dijalankan Pentagon.

Jabatan penyelidikan Pentagon, Darpa mendedahkan rancangan membangunkan teknologi baru Pengimejan Pusat Tentera melalui Kamera Berkomputer, atau SCENICC.

Untuk memahami teknologi SCENICC dengan lebih mudah, bayangkan satu set kamera yang mampu merakam gambar sejauh satu kilometer pada sudut 360 darjah dan mempamerkan imej yang dirakam dalam bentuk 3D kepada alat yang dipakai pada mata setiap anggota tentera.

Askar akan dapat melihat kawasan sekeliling termasuk apa yang berada di belakang dan menggunakan teknologi zoom bagi mendapatkan penglihatan yang lebih terperinci.

SCENICC juga menggunakan teknologi yang membenarkan kawalan hanya dengan menggunakan arahan secara lisan tanpa perlu menekan sebarang butang kawalan menggunakan tangan.

Selain itu, SCENICC juga bakal memberi pandangan seperti dalam filem sains fiksyen Terminator apabila imej yang diambil boleh dianalisis dan data akan dikeluarkan sama ada objek yang dilihat memberi ancaman kepada askar.

Pengimejan senjata bersepadu yang terdapat pada SCENICC berfungsi mengunci senjata terhadap sasaran apabila diperlukan.

Jika ia berjaya dicipta, sistem teknologi canggih itu akan mempunyai berat hanya 700 gram termasuk bateri yang boleh digunakan melebihi 24 jam.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Popular Posts