Pages

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI

Saturday, May 29, 2010

Qaradhawi : Kita mempunyai kekuatan


Dari al-ahkam.net

Pada hari Jumaat 22 Mei yang lalu, Syiekh al-Qaradhawi didalam rangka lawatannya ke Mauritius telah menyampaikan kuliyahnya di hadapan para belia di Stadium bertaraf Olympic di Nouakchott, menekankan bahawa umat Islam memilki kekuatan dan mampu bangun, keluar dari keadaan yang kita hadapi sekarang.

Beliau menyeru agar diasaskan projek menyatukan ummah dan berdepan dengan mereka yang memecah belahkan ummat, dan meminta agar orang-orang muda hendaklah prihatin dengan peringkat-peringkat keutamaan, agar mereka tahu yang mana penting, atau yang mana yang perlu ditinggalkan, menjauhkan diri dari perselisihan dan kontroversi yang tidak sihat.

Beliau menegaskan bahawa umat Islam mempunyai kekuatan lebih dari satu bidang, diantaranya adalah :-


1. Kekuatan dari segi Angka : dikatakan bahawa jumlah Umat Islam adalah sebanyak 1.58 billion orang, malah al-Qaradhawi meragui jumlah tersebut. Bagi beliau, jumlah umat Islam adalah lebih dari itu. Satu contoh situasi dimana kenyataan yang menyebut Umat Islam di China dianggarkan 20juta, namun menurut Shakib Arslan, Umat Islam di China sahaja mencecah 50juta orang. Seorang orientalis Peranchis, Kanato pernah menulis didalam suratkhabar “Le Mode, the French” mengambarkan isyarat amaran serious mengenai ramainya kependudukan Islam, lebih-lebih lagi di China.

Tegas beliau bahawa ini menunjukkan bahawa Allah swt merahmati orang-orang Islam, dimana firmannya : (وَاذْكُرُوا إِذْ كُنْتُمْ قَلِيلًا فَكَثَّرَكُمْ) “ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai” [surah al-‘Araf : 86].

2. Kekuatan Ekonomi : Negara Umat Islam memiliki barangan yang berguna yang tidak dimiliki oleh negara lain. Negara-negara Islam ini kebanyakkannya negara pertanian, memilki pantai yang kaya dengan pelbagai jenis Ikan. Malah mereka memilki minyak, pelbagai galian seperti emas, besi, platinium, uranium dan sebagainya.

Beliau memetik soalan yang pernah diajukan oleh Perdana Menteri Thailand kepada Perdana Menteri Malaysia, “Anda adalah negara Islam yang memiliki minyak? Kenapa hanya negara Islam sahaja yang memiliki minyak? Kenapa Malaysia dan bukan Thailand?”

Namun demikian menurut beliau, kita memerlukan semua jenis perindustrian. Menurut beliau, “selama ini kita hanyalah pengimpot dan bukan pengeluar (perindustrian), malahan kita mengimpot teknologi dan kita tidak mengeluarkannya”…. “Adalah satu perbezaan yang besar diantara Pengeluar dan Pengguna, berbeza dengan mereka yang mencipta dan mengimpot dan membelinya”.

3. Kekuatan ketamaddunan : Tamaddun dibina di bumi dan negara Islam. Ia berkembang didalam negara-negara Islam, termasuklah kenabian, kesemua berpusat dinegara Islam. Kristian bermula dari bumi kita dan beredar ke Eropah, Judaism juga bermula di bumi kita, begitu juga Assyria yang bermula di Iraq. Ketamaddunan Firaun di Mesir, Hindi dan kebanyakkan tamaddun lain berasal dari negara-negara Islam.

Al-Qaradhawi menjelaskan semasa beliau berada di Amerika, dia telah dibawa melawat Muzium, dan beliau bertanyakan berapakah usianya, jawapannya adalah 200 tahun. Menurut al-Qaradhawi, Muzium kita mencecah 7000 tahun.

4. Kekuatan Spiritual : Kita adalah satu-satunya agama yang telah melalui pelbagai pengalaman, perubahan zaman dan masa, risalah yang tidak kenal sempadan waktu, itulah risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad :saw. Beliau telah berjumpa dengan berjuta Hafiz al-Quran di Libya , dimana kerajaan Libya memberi penghargaan kepada mereka yang menghabiskan dirinya dengan al-Quran.

Menurut beliau, melalui pertandingan al-Quran yang dianjurkan oleh Qatar, pada mulanya di penuhi oleh peserta luar negara Qatar, terutamanya orang Asia. Namun demikian, beberapa tahun yang terdekat, kadar perserta meningkat dari kalangan penduduk Qatar

Disini al-Qaradhawi memberi contoh mukjizat al-Quran, kata beliau :

“Adalah lebih dari satu keajaiban mendapati seorang lelaki yang menghafal al-Quran dengan baik, akan tetapi tidak faham satu kalimah pun didalam bahasa Arab, sehinggakan kamu bertanya kepadanya : Apa nama kamu? Mereka tidak memahami soalan kamu, namun demikian, mereka adalah golongan yang menghafal al-Quran dengan baik”

Al-Qaradhawi juga telah menyentuh isu mewujudkan projek kesatuan Ummah, bagi menghadapi konfrantasi musuh Islam dan membantu sebahagian yang merana, dan berkata : “malahan isu utama umat Islam, iaitu persoalan Palestin, tidak lagi kedudukannya sebagai isu yang SATU, begitu juga dengan isu Zionis yang global”.


Sedutan dari tautan : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7637&version=1&template_id=116&parent_id=114



Friday, May 28, 2010

Ulama UMNO Bakar Kapal


Ulasan Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai perkembangan pemikiran Islam yang berlaku dalam parti politik Malaysia yang semakin serabut terutamanya di dalam UMNO. Selamat membaca!

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Justeru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 28 Mei 2010.

Thursday, May 27, 2010

Hukum Ulama Membisu Dari Kemungkaran


Dari drmaza.com

Soalan: Yang saya kasihi Dr Asri, maaf, saya tidak puas hati dengan sebahagian yang bergelar ulama dalam masyarakat kita. Ramai yang mendapat jawatan dan gaji yang besar, tapi membiarkan berbagai kemungkaran berlaku. Mereka tidak berani dengan pihak yang melantik dan bayar gaji mereka. Bagi saya, mereka tidak buat tugas. Mereka memilih-milih isu untuk bercakap. Maaf kalau saya kata jaga periuk nasi. Apakah kerana mereka ulama, mereka tetap tinggi di sisi Allah? Sedangkan Nabi bersabda: “Orang yang diam dari bercakap benar adalah syaitan bisu”. Harap Dr Asri dapat ulas.

Fauzan, Ipoh Perak.


Jawapan Dr MAZA:

Terima kasih atas soalan dan keprihatinan saudara terhadap barah yang menimpa umat Islam dalam masyarakat. Hakikatnya, bukan sahaja golongan ulama, tetapi setiap individu muslim wajib menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Namun, bagi golongan ulama mereka mempunyai amanah yang lebih berat. Ini kerana ilmu yang ada pada mereka sepatutnya menjadikan mereka lebih ke hadapan dalam membela agama Allah. Soalan saudara saya ulas seperti berikut:



1. Ungkapan “Orang yang diam dari bercakap benar adalah syaitan bisu” yang saudara sebut, bukanlah hadis yang sah. Walaupun ia terkenal, namun tiada riwayat yang sahih, ataupun daif dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkannya. Maka, berhati-hati dalam menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah S.A.W.

2. Allah Maha Adil. Islam tidak pernah menyatakan manusia dinilai berdasarkan gelaran mereka. Sebaliknya, berdasarkan tanggungjawab yang ditunaikan. Demikianlah juga para ulama. Bahkan Al-Quran tidak pernah menyamakan sesiapa pun dengan anjing melainkan ulama yang gilakan dunia sehingga membelakangkan ilmu agamanya. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Maka ulama tiada nilainya jika menyembunyikan kebenaran. Bahkan Allah samakan mereka dengan anjing!

3. Seseorang yang memenuhi poket dengan gaji yang besar tetapi menyembunyikan atau mendiamkan diri dari menegakkan kebenaran sedangkan dia mampu, itu adalah dosa yang amat besar. Allah menyifatkan habuan dunia yang diperolehi itu sekadar memenuhi perut dengan neraka. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

4. Beberapa buku sejarah menyebut satu kisah yang menarik untuk direnungi. Pada zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin ‘Abd al-Malik (meninggal 105H), gabenor Iraq ketika itu ialah ‘Umar bin Hubairah. Gabenor tersebut telah memanggil dua orang tokoh ilmuwan besar umat ketika itu; ‘Amir al-Sya’bi dan al-Hasan al-Basri. Beliau bertanya mereka berdua mengenali arahan-arahan Khalifah Yazid bin ‘Abdul Malik yang datang kepadanya. Ada antaranya ada yang menyanggahi kebenaran.

Kata ‘Umar bin Hubairah: “Jika aku taatkan Khalifah, aku menderhakai Allah, jika aku mentaati Allah aku akan menderhakai Khalifah”. Apa pendapat kamu?”.

Jawab al-Sya’bi: “Engkau hanya menjalankan tugas, dosa ditanggung oleh Khalifah”.

Tanya ‘Umar bin Hubairah kepada al-Hasan al-Basri: “Apa pendapatmu pula?”.

Jawab al-Hasan: “Wahai Gabenor! Engkau telah pun mendengar pendapat al-Sya’bi tadi”.

Kata gabenor: “Aku mahu pendapatmu”.

Kata al-Hasan al-Basri:

“Wahai ‘Umar bin Hubairah, akan datang kepadamu malaikat Allah yang bengis lagi tidak menderhakai perintah Allah, dia akan mengeluarkan engkau dari istanamu yang luas ke kuburmu yang sempit. Jika engkau bertakwa kepada Allah, Dia boleh melindungimu daripada tindakan (Khalifah) Yazid bin ‘Abdul Malik, adapun Yazid bin ‘Abdul Malik tidak dapat melindungimu dari pada tindakan Allah. Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta (Allah). Wahai ‘Umar bin Hubairah! Engkau jika bersama Allah dalam ketaatan kepadaNya, Dia memeliharamu daripada bahaya Yazid bin ‘Abdul Malik. Namun jika engkau bersama Yazid dalam menderhakai Allah maka Dia serahkan engkau kepada Yazid “. Lalu menangislah ‘Umar bin Hubairah. Ditanya al-Hasan mengapakah beliau melakukan demikian? Jawabnya: “Kerana perjanjian yang Allah meterai untuk para ulama berkaitan ilmu mereka –seperti firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran 187-: (maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari mereka yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. (lihat: al-Mizzi, Tahzib al-Kamal, 6/113, Al-Zahabi, Tarikh al-Islam, 2/333, Ibn Manzur, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 6/97).

5. Masyarakat Islam hendaklah diberikan kesedaran bahawa tujuan pengajian agama bukan untuk mendapat habuan dunia tetapi untuk menegakkan ajaran Allah dan rasulNya. Jika pelajar agama atau ibubapa yang menghantar anak mempelajari agama meletakkan dunia sebagai matlamat, maka ramailah ulama berkepentingan akan terus muncul dan rosaklah masyarakat. Justeru, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang sepatutnya dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

6. Seorang tabi’in yang terkenal dengan soleh dan warak Salamah bin Dinar pernah berkata di hadapan Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik:

“Telah berlaku di mana para umarak (pemerintah) mencari ulama, lalu mengambil manfaat daripada mereka. Maka yang sedemikian kebaikan untuk kedua-dua pihak. Namun hari ini, ulama pula yang mencari umarak, lalu cenderung dan inginkan apa yang dimiliki oleh mereka. Lalu umarak menganggap: tentu apa yang ulama cari yang ada di tangan kita ini lebih baik daripada apa yang ada di tangan mereka”. (Ibn, ‘Asakir, Tarikh Dimasyq, 22/29).

Demikianlah, kita dapati sesetengah golongan agama boleh dijadikan dagangan politik. Puncanya, kerana menghina diri di hadapan orang berkuasa.

7. Dosa ulama yang menyembunyikan kebenaran, atau menyelewengkannya tidak dapat ditebus melainkan dengan menerangkan semula hakikat yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya):

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Marilah kita pohon perlindungan dengan Allah dari membelakangi agamaNya.

** Disiarkan dalam Sinar Harian pada 28 Mei 2010



Judi bola: JAIS, mufti S'gor dibidas kerana membisu

Dari malaysiakini.com

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya nak desak JAIS dan pengarahnya untuk mebuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

"Dalam isu-isu yang jelas pihak umno dan BN bersalah, jelas kelihatan beliau mendiamkan diri," katanya.

Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.

"Sedangkan sebelum itu bising dengan soal menggunakan masjid untuk kepentingan politik.

"Kononnya kuliah dan tazkirah ringkas yang disampaikan (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) melanggar peraturan yang ditetapkan oleh JAIS, yang disokong dan diperkenan oleh Sultan.

"Maka digunakan (sebagai modal untuk) lagakan PAS, Pakatan Rakyat dengan Sultan, tapi bila saya dedahkan tentang isu sepanduk itu, JAIS diam," katanya.

Khalid juga berkata JAIS juga mungkin terlibat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.

"Kalau tak silap saya JAIS dan MAIS terlibat dalam menganjurkan program demonstrasi tentang isu kalimah Allah, sedangkan isu itu pada hukumnya adalah harus.


"Dalam isu judi bola sepak ini, hukumnya jelas (haram). Tapi mengapa JAIS mendiamkan diri.

"Kenapa tidak dianjurkan bantahan, naikkan sepanduk di semua masjid dan surau membantah tindakan kerajaan BN.

"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin). Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.

Be
liau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.

"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa?

"(Jadi)
saya menyeru kepada kerajaan negeri supaya semak semula pelantikan beliau," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga mendesak mufti negeri itu supaya segera mengeluarkan fatwa berhubung pemberian lesen judi tersebut.

Katanya, beliau bimbang masyarakat akan menjadi semakin ghairah untuk berjudi sekiranya tiada fatwa dikeluarkan.

"Orang yang tak pernah berjudi pun mungkin akan berjudi juga akibat keghairahan promosi (perlawanan bola sepak) Piala Dunia," katanya lagi.



Sunday, May 23, 2010

Sebelum Beramal dan Berucap, Tuntutlah Ilmu…


Oleh Abu Umair

Bagaimana dapat dipastikan satu-satu amalan itu dilakukan sempurna dan betul, andai pelakunya tidak mempunyai ilmu tentang amalan yang mahu dilakukan.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menegur sahabat yang berwudhuk dengan tidak menyempurnakan basuhan air ke kaki. Baginda bersabda, “Azab seksaan dan kebinasaan bagi tumit-tumit kaki tersebut”.
Riwayat Bukhari (no: 60), dan Muslim (no: 241).

Amalan yang dilakukan jika tidak menepati sunnah, tidak berlandaskan ilmu, ia tidak diterima oleh Allah Taala. Lebih dahsyat, bukan pahala yang diperoleh, dibimbangi azab seksaan yang menanti di sana.


Justeru, menuntut ilmu sebelum membuat amalan adalah kewajipan setiap muslim, tanpa pengecualian. Amat wajar guru sekalian ulama hadits, Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya, membikin sebuah bab bertajuk ‘Ilmu Sebelum Pertuturan dan Perbuatan’.

Dalilnya, kerana Allah Taala dalam Al-Quran, menyebut:

Maksudnya: “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)” (Muhammad: 19)

Perhatikan susunan pada ayat tersebut, bagaimana Allah Taala mendahulukan arahan supaya mengetahui, sebelum menyebut arahan supaya beristighfar kepadaNya. Sifir mudahnya, ilmu mesti didahulukan sebelum perkataan dan perbuatan.

Demikian dalil al-Quran tentang perlunya ilmu sebelum amal. Apakah alasan logiknya pula? Rasionalnya, kerana setiap amalan tidak diterima Allah kecuali jika ia menepati syariat yang diturunkan. Dan tidak mungkin seseorang muslim dapat mengetahui syariat Allah, kecuali dengan menuntut ilmu. Natijahnya, wajib menuntut ilmu sebelum membuat amalan.

Akibat amalan ibadah tanpa ilmu, tersesatnya golongan Nasrani. Ibadah mereka kuat, perasaan kasih sayang mereka mendalam, dan dihiasi pula dengan rahbaniyyah yang mereka ada-adakan. Tetapi sayang, mereka tiada cakna terhadap ilmu. Lantas menjadi golongan yang menyeleweng dan sesat.

Kerana ibadah tanpa sandaran ilmu jualah, terpesongnya sebahagian pentaksub amalan tarekat batiniyyah. Lain yang disabda, lain pula yang dibuat. Yang disabda ditinggalkan, konon ia amalan orang awam. Tidak sesuai diamalkan oleh golongan khawass. Yang diamalkan pula, ada pula tokok tambahnya. Puncanya, amalan tanpa pengetahuan.

Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu supaya amalan yang dilakukan diterima Tuhan. Jangan terikut-ikut resam orang Nasrani, amal ibadatnya banyak, tetapi ilmunya sedikit.


Saturday, May 22, 2010

Mengukur Calon Suami


Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

“Bagaimana mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan teman hidup?” tanya Azura kepada rakan-rakannya, memulakan perbincangan pada petang yang amat panas itu. “Ha! Aku teringat nasib kakak aku. Sebelum kahwin teman lelakinya menjanjikan macam-macam. Dua tiga tahun lepas kahwin dah tak nampak batang hidung. Aku tak mahu kahwin, lelaki sekarang tak boleh pakai.” Lisa mengeluh dengan nada benci lelaki. “Ehh! Ada juga jenis yang balik ke rumah, tetapi hanya tonton TV, baca surat khabar dan merungut itu ini. Kalau lelaki macam itu jadi suami, memang lagi bagus tak balik rumah langsung!” Azlin mencelah, menghebatkan lagi analisa mereka tiga sekawan tentang lelaki.


“Issy! Takkan tak ada lelaki yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang untuk kita jadikan teman hidup, untuk kita jadikan suami?” Azura kehairanan. “Ya, tentu ada. Akan tetapi jumlahnya sedikit dan sukar untuk ditemui. Kalau sekadar lelaki memang ada di sana sini. Namun lelaki yang memiliki ciri-ciri suami umpama yang awak cakap tu, susah nak cari.” Azlin menjelaskan hakikatnya. Lisa terus menyampuk: “Lagipun sambil kita mencari dan memilih, bagaimana kita hendak tahu selepas kahwin nanti dia akan OK, atau merudum kualitinya sebagai suami sekaligus lelaki?”


Saya agak yakin perbincangan atau persoalan di antara tiga sekawan di atas merupakan sesuatu yang lazim – atau setidak-tidaknya pernah – bermain-main di fikiran para pembaca sekalian. Iyya! Dalam rangka kita belajar menambah ilmu, dalam rangka kita beramal sebagai seorang muslimat, dalam rangka kita bercita-cita menjadi individu cemerlang, tentu kita juga merancang untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia. Akan tetapi nisbah kebahagiaan rumahtangga mutakhir ini yang lebih condong kepada tidak bahagia dan penceraian menyebabkan ada di antara kita yang merasakan ia satu rancangan yang sukar untuk dicapai.

Namun saya yakin para pembaca sekalian bukanlah orang yang mudah berputus asa. Jangan mengeluh jangan merungut, sebaliknya berusahalah mencari ilmu tentang kehidupan berumahtangga. Ilmu ini bermula sejak awal, sejak langkah-langkah awal mencari pasangan yang sesuai. Berkenaan mencari pasangan ini, Rasulullah s.a.w. telah berpesan: Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi. [Shahih al-Bukhari, no: 5090]

Meskipun hadis di atas ditujukan kepada lelaki tentang bagaimana hendak memilih calon isteri, ia juga boleh digunakan oleh wanita tentang bagaimana hendak memilih calon suami. Justeru berdasarkan hadis di atas, ciri yang perlu diberi prioriti ialah kadar dan nilai agama calon suami.

Mengukur Agama Seseorang?Senang dibaca dan senang disebut, tetapi tidak senang untuk dipraktikkan. Bagaimana hendak mengukur agama calon suami bagi menentukan dia benar-benar sesuai? Izinkan saya berkongsi beberapa tips pada kesempatan ini.



Agama calon suami tidak cukup sekadar Islam, tetapi hendaklah merupakan seorang muslim yang baik, yang shalih. Keshalihan tidak diukur dengan ibadah yang lazim umpama solat lima waktu dan puasa sebulan pada bulan Ramadhan sebab itu memang wajib. Namun ia diukur dengan ibadah yang sukar dilakukan, yang jarang-jarang dilakukan, yang dapat memberi isyarat tentang peranan calon apabila bergelar suami kelak.

Ibadah yang saya maksudkan ialah sikap calon suami terhadap ibubapanya, khasnya ibu. Jika anda mahukan suami yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang, maka perhatikan sikap calon suami anda terhadap ahli keluarganya. Jika beliau merupakan orang yang dipercayai oleh ibubapanya, menyayangi lagi bertanggungjawab menjaga ibubapanya serta matang membuat keputusan yang melibatkan urusan keluarganya, maka semua itu merupakan isyarat yang amat kuat bahawa beliau juga akan menjadi suami yang bagus. Ini kerana berbuat baik kepada ibubapa merupakan ibadah yang amat tinggi nilainya, sekaligus menjadi alat pengukur yang tepat bagi kadar agama seseorang dan hubungannya dengan Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. menekankan: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899] Dalam sebuah hadis lain: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[Shahih al-Bukhari, no: 5971]

Justeru di antara ibu dan bapa, calon suami hendaklah mengutamakan ibunya. Jika calon suami prihatin kepada ibunya, sentiasa sedia membantu ibunya, kerap berhubung dengan ibunya dan lazim mengeluarkan belanja untuk ibunya, bererti dia seorang anak yang shalih. Jika calon suami bersikap demikian terhadap ibunya, maka ia merupakan petanda yang besar bahawa beliau juga akan bersikap demikian kepada bakal isterinya.


Sebaliknya jika calon suami mengabaikan ibubapa, masih mengharapkan penjagaan ibubapa, kerap menderhakai mereka, maka dia seorang yang memiliki kadar agama yang rendah. Lebih buruk jika calon suami berani meninggikan suara kepada ibu tetapi tidak kepada ayah, bererti dia manusia yang memandang remeh kepada wanita. Lelaki seperti ini tidak patut dijadikan calon suami kerana terdapat kemungkinan yang amat besar dia juga akan bersikap seumpama terhadap bakal isteri dan keluarganya.


Mengukur Agama Sendiri.

Dalam rangka anda mengukur agama bakal suami, jangan lupa untuk mengukur agama diri sendiri. Di samping menjaga amal ibadah yang lazim umpama solat, puasa, membaca al-Qur’an, menutup aurat dan membatas interaksi dengan yang lelaki bukan mahram, jagalah juga hubungan anda dengan ibubapa. Berbuat baiklah kepada mereka, khasnya ibu. Berbuat baik bukan semata-mata untuk lulus penilaian calon suami tetapi sebagai ibadah kepada Allah s.w.t.


Meneliti pendapat yang melarang mengikut imam qunut



Di dalam tulisan ini pula, ana akan cuba membawa pendapat dan hujjah2 mereka yang melarang mengikut angkat tangan dan mengaminkan doa imam yang qunut Subuh.

DR Muhammad Ya'qub Thalib Ubaidi menjelaskan alasan masing-masing pendapat di atas dengan menyatakan:

Abu Hanifah menjelaskan alasan makmun tidak mengikuti imam, yaitu bahwa qunut subuh itu adalah hukum mansukh (yang telah dihapuskan), sebagaimana takbir ke lima pada shalat jenazah. Walaupun Abu Yusuf berpendapat makmum mengikuti imam sebagaimana pendapat Imam Ahmad, tetapi pendapat yang dipilih pada madzhab Hanafiyah adalah makmum berdiri diam saja.

Dan Imam Ahmad menjelaskan alasan makmum mengikuti imam, yaitu agar makmum tidak menyelisihi imamnya, dan karena para sahabat, tabiin, dan orang-orang setelah mereka terus menerus bermakmum kepada sebagian yang lain, padahal ada perselisihan di antara mereka dalam masalah furu(cabang).

[Foot Note Kitab Al-Ifshah Libni Hubairah 1/324].


Pendapat yang rajih -wallahu alam- adalah pendapat Hanafiyah, yaitu makmum tidak mengikuti imam, karena qunut tersebut tidak disyariatkan di dalam shalat.

Hal itu sebagaimana ketika para sahabat mengikuti perbuatan Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam dalam melepaskan sandal ketika shalat, yang kemudian beliau menanyakan hal itu kepada para sahabatnya. Sebagaimana riwayat di bawah ini.

Artinya : Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata: Tatkala Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam sedang shalat dengan para sahabat beliau, tiba-tiba beliau melepaskan kedua sandal beliau lalu meletakkan kedua sandal tersebut pada sebelah kiri beliau. Ketika para sahabat melihat hal itu, mereka melepaskan sandal mereka.

Setelah Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam menyelesaikan shalatnya, beliau bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu melepaskan sandal kamu?. Mereka menjawab: (( Kami melihat anda melepaskan kedua sandal anda, maka kamipun melepaskan sandal kami. Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

Sesungguhnya Jibril Alaihi Shallallahu wa sallam mendatangiku dan memberitahukan kepadaku bahwa pada kedua sandal (ku) itu ada kotoran))

[Hadits Riwayat Abu Dawud, Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Abi Dawud No. 650]
[Disalin dari Majalah As-Sunnah 01/Th VI/1423H/hal.4-5]

Rujukan

JAWABAN

Dari nukilan ini, kita dapati pendapat yang berkata tidak diikuti imam ketika berqunut, iaitu hanya berdiri sahaja tetapi tidak mengangkat tangan dan tidak mengaminkan doa qunut imam, dalil mereka adalah :

1) Qunut Subuh yang bukan Nazilah tidak lagi disyariatkan, ia telah mansukh, inilah pendapat Hanafi maka perbuatan ( angkat tangan ) dan percakapan ( amin ) yang tidak disyariatkan membatalkan solat.

2) Ia diqiyaskan dengan perbuatan luar solat yang tidak boleh diikuti imamnya, seperti perbuatan menanggalkan selipar ketika solat didalam hadith tersebut.


Kata2 mereka ini wallahu a'lam tertolak kerana qunut subuh dianggap imam sebagai sunnah, menurut mazhab imam. Yang menjadi hukum adalah mazhab imam, bukan mazhab makmum, sebab Nabi SAW telah memerintahkan makmum mengikut imam dalam semua gerak geri imam. Solat duduk bagi yang mampu berdiri juga tidak disyariatkan, tetapi lihat bagaimana Nabi SAW tetap memerintahkan makmum mengikut imamnya?

Dari sudut perbuatan dan percakapan tambahan dalam solat pula, maka benar bahawa menambahkannya dalam solat dengan sengaja membatalkan solat, tetapi nizaa' kita adalah dalam keadaan terpaksa, kita ada larangan lain agar jangan melakukan sesuatu yang menyelisihi imam. (( فلا تختلفوا عليه )).

Bila seseorang imam solat duduk, makmum dibelakang pula solat berdiri, maka ini adalah ikhtilaf, dia solat begini, kamu solat begitu.

Qaedah bercakap dan bergerak tanpa sebab dalam solat membatalkan solat adalah umum makhsus, tetapi perintah ikut imam dan larangan menyelisihi imam berbentuk umum yang tidak dikhususkan.
Ulama telah menyebutkan qaedah bahawa apabila bercanggah antara umum ghairu makhsus dan umum makhsus, maka yang dijadikan amalan adalah umum yang tidak dikhususkan. Umum makhsus lemah.

Contohnya adalah dalam masalah solat tahiyyatul masjid pada waktu larangan, oleh kerana perintah solat tahiyyat lebih umum, " setiap kali masuk masjid ... " larangan solat pada waktu2 tertentu walaupun berbentuk umum, semua solat, tetapi ia telah masuk pengkhususan seperti contoh, solat " qadha ", yakni solat wajib yang tertinggal, begitu juga solat sunat subuh lepas subuh. Menurut jumhur ulama, solat yang mempunyai sebab lain seperti solat jenazah, solat kusuf, solat sunnat towaf dll dikhususkan dari larangan.

Kembali kepada masalah qunut pula, kita dapati dalam furu' masail ikut imam, menguatkan umum hadith (( Imam dijadikan ikutan ... )). Kita dapati bahawa makmum dibolehkan agar :

1) Tidak baca Fatehah jika masbuq kerana mengikut imam ruku'

2) Tidak baca tasyahhud awal kerana mengikut imam yang terlupa

3) Ikut sujud sahwi imam yang tidak duduk tasyahhud awal , sedangkan ia adalah perbuatan dan perkataan tambahan dan tidak disyariatkan untuk makmum. Sedangkan yang lupa imam, bukan makmum.

4) Mengikut imam yang muqim solat tamam ( tidak qasar ) sedangkan makmum yang musafir disunnahkan solat qasar, ada pendapat mewajibkan qasar.

5) Duduk dan baca tasyahhud awal begitu juga mengikut imam duduk dan baca tasyyahud akhir bukan pada tempatnya , jika makmum masbuq. Ini tentu sekali tidak disyariatkan atau bid'ah jika disengajakan. Tetapi diwajibkan ikut imam juga.

6) Imam lupa dalam solat, terkurang rakaat lalu sambung selepas salam dan sujud sahwi, makmum tetap ikut imam, sedangkan dalam keadaan biasa dan sengaja ia membatalkan solat kerana tidak disyariatkan.

Adapun jawaban tentang hadith tanggal selipar, ia mungkin menjadi dalil untuk kami, bukan untuk mereka, ini menunjukkan bahawa para sahabat faham bahawa asal kewajiban makmum adalah mengikut imam dalam SEMUA perbuatan imam.

Nabi SAW tidak melarang sikap mereka mengikut imam, tetapi Nabi SAW mengkhususkan bahawa perbuatan imam yang bukan sebahagian dari haiah solat, seperti tanggal kasut, menggaru hidung, menguap, batuk dan berdehem yang dilakukan imam bukan kerana ia adalah sunnah solat, tidak perlu diikuti.

Maka hadith ini dalil bahawa wajib ikut imam dalam semua perbuatan imam kecuali yang dilakukan bukan kerana sebahagian dari solat.

Maka hujjah mengqiyaskan angkat tangan dan mengaminkan doa imam kepada tanggal selipar, menggaru badan dan perkataan tambahan adalah lemah, ia diistilahkan sebagai " al-qiyas ma'al faariq " atau qiyas yang tidak sama, ada perbezaannya. Perbuatan qunut lain, ia memang diniatkan sebagai sebahagian dari solat, tanggal selipar pula lain, maka tak boleh diqiyaskan. Disisi imam, qunut adalah sebahagian haiah solat atau sunnah, tetapi tanggal selipar, menggaru dsb bukan.

Maka qiyas yang benar adalah menqiyaskan qunut kepada perbuatan2 imam seperti bangun kerakaat yang ketiga tanpa tasyyahud awal, memberi salam sebelum selesai solat, kemudian ikut lagi sambung solat dan sujud sahwi, semua ini dilakukan secara salah oleh imam tetapi beliau ada keuzuran, beliau i'tikad bahawa ia betul kerana lupa, begitu juga qunut subuh terus menerus, beliau salah tetapi ada uzur, beliau i'tikad bahawa ia betul kerana sunnah.

Maka makmum juga salah apabila melakukannya, tetapi makmum juga mempunyai keuzuran, cuma uzurnya bukan uzur imam, uzur makmum adalah menjunjung perintah mengikut imam.

KISAH MENARIK

Pada satu hari berkata Syaikh Albany rhm kepada para jemaah selepas azan apabila beliau sakit:

http://download.media.islamway.com/lessons/nasser/143-al-hodaa_wa_al-noor/223.mp3

(( Aku akan solat duduk, maka hendaklah kamu solat duduk ... kemudian beliau membaca hadith " Dijadikan imam agar diikuti ... apabila dia solat duduk maka hendaklah kamu solat duduk juga ".. dan ini peringatan dan peringatan itu bermanfaat buat orang2 beriman ))

Kemudian selepas iqamah beliau berkata : (( Mungkin ada kamu yang bertanya : bagaimana cara duduk kami ? Maka aku katakan : Hendaklah kamu duduk mengikut mana yang mudah bagi kamu, samada dengan duduk seperti dalam tasyyahud atau duduk *** ( tidak jelas )yang kamu mudah dengannya. .

Jangan kamu ikut aku jika aku melunjurkan kaki aku keqiblat apabila aku terasa sakit, jangan kamu ( و إياكم ) jadi seperti kaum Muadz bin Jabal r.a dimana apabila beliau sakit solat duduk beliau telah melunjurkan kakinya keqiblat lalu beliau dapati makmum juga duduk begitu. Muadz r.a lalu menegur mereka. Mereka berkata : Kami lihat engkau duduk maka kamipun duduk begitu. Beliau berkata : Aku duduk begitu kerana sakit. ." ))

Berkata Syaikh lagi: (( Perhatian: sabda Nabi SAW : "Dijadikan imam untuk diikuti", ialah pada amalan yang ada kaitan dgn solat, adapun melunjurkan kaki, ia bukan, yakni ibadat solat, hanysanya yang diikuti adalah pada yang memang amalan solat, selain dari itu tidak diikuti...))


قد يرد سؤال إن اضطررتم للقعود معي فكيف يكون قعودكم معي؟


يكون القعود على ما يتيسر لأحدكم إما أن يقعد كما يقعد في التشهد وإما أن يقعد [...] يستريح بها وإياكم أن تفعلوا كما فعل قوم معاذ لمعاذ حينما أمهم ذات يوم فصلى بهم جالساً ومدَّ رجله إلى القبلة أو رجليه وهذا الذي أفعله حينما أضطر الصلاة قاعداً فما شعر إلا والجماعة من خلفه كلهم مدّوا أرجلهم إلى القبلة بعد الصلاة قال لهم: (لماذا فعلتم هكذا) قالوا: (رأيناك فعلت فعلنا) قال: (أما فعلت هذا لمرض) فيه تنبيه أن قوله عليه الصلاة والسلام: (إنما جعل الإمام ليؤتم به) إنما هي في الأعمال التي هي من شأن الصلاة أما مدّ الرجل هكذا فليست من يعني عبادات الصلاة وإنما يُتَّبَع الإمام فيما كان من أعمال الصلاة ولا يُتَّبَع في أشياء أخرى.


هذه أيضاً ذكرى والذكرى تنفع المؤمنين.

Ini menunjukkan bahawa faham Syaikh Albany rhm, seperti faham Mua'dz, r.a perbuatan yang imam yang terpaksa, seperti sakit dan sebagainya atau dilakukan bukan kerana sebahagian haiah solat tidak dituntut agar diikuti.

Maka didalam posting kelmarin telah dinukilkan, jelas beliau mewajibkan mengikut imam yang qunut, bersedekap selepas ruku', tidak duduk jalsah istirahah, tidak angkat tangan bila intiqal, pendek kata semua perbuatan imam, semata2 mengikut umum hadith ikut imam itu. Walaupun semuanya beliau anggap tidak rajih, bahkan beliau anggap sebahagiannya sebagai bid'ah dholalah. Terutama sekali masalah qunut subuh secara berterusan yang sedang kita bahaskan ini.

Inilah yang diamalkan para sahabat bersama Uthman r.a.

Dan amalan ini adalah lebih kuat dari pendapat mazhab Hanafi.

Sekian, semoga bahas ringkas ini merupakan amalan yang memberatkan timbangan hasanaat kami disisi Allah kelak.

Wallahu a'lam




Wednesday, May 19, 2010

Piala Dunia


Hanya beberapa hari sahaja lagi bola sepak piala dunia (FIFA 2010) akan menemui peminatnya di seluruh dunia. Perlawanan kali ini akan berlangsung di Afrika Selatan yang pastinya akan mengubah jadual harian bagi penggemar sukan paling berprestij itu. Sudah pastinya ramai yang akan ber'qiyamullail' untuk menyaksikan perlawanan pasukan yang diminati. Setelah itu tidur dengan begitu nyenyak sekali sehingga matahari muncul. Ikuti ulasan daripada Kapten Hafiz Firdaus Abdullah berbicara tentang piala dunia ini.


Baru-baru ini ketika membeli sebuah barang elektronik, saya layak memasuki peraduan yang dianjurkan oleh kedai elektronik tersebut. Soalan peraduan memang mudah, iaitu pilih negara yang dijangka akan menjuarai tempat pertama, kedua dan ketiga perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Soalan yang saya yakin mudah bagi agak ramai orang, kecuali diri saya sendiri. Agak lama saya cuba mentarjih negara yang bakal menjuarai Piala Dunia 2010, akhirnya saya hanya “menembak” beberapa negara yang saya kenal ke tempat pertama, kedua dan ketiga.

Tidak dinafikan, bolasepak merupakan sukan yang digemari oleh jumhur rakyat bumi. Di kalangan yang menggemarinya, sebahagian besar pernah bermain bolasepak meskipun tidak selalu dan tidak mewakili apa-apa sekolah, tempat kerja mahupun persatuan. Maksud saya, di kalangan yang menggemari bolasepak, hanya sebahagian kecil yang benar-benar turun ke padang berlari ke utara, selatan, timur dan barat mengejar sebiji bola. Baki yang selebihnya hanya menonton, menyokong dan mengikuti perkembangan.



Di sini saya ingin mengajak para pembaca sekalian kepada satu fakta penting. Islam menggalakkan umatnya bersukan, bukan menonton orang lain bersukan. Pengecualian adalah jika yang bersukan itu ialah kaum keluarga terdekat, maka boleh menonton demi memberi sokongan moral dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Adapun menonton sesebuah negara, negeri atau kelab bersukan lalu memberi sokongan kepada mereka, maka ia adalah tindakan yang memerlukan penilaian semula. Sebab, di manakah kepentingan memberi sokongan kepada pasukan sebuah negara bersukan padahal negara itu tidak ada kaitan kepada kepentingan Islam dan umatnya? Di manakah manfaat menghabiskan masa menonton perlawanan bolasepak antara negeri sementara masing-masing negeri lebih memerlukan warganya berusaha menaikkan tarak kehidupan masing-masing? Di manakah hikmah menyorak sebuah kelab bolasepak padahal jika penyorak itu dalam kehidupan hariannya menghadapi sesuatu masalah umpama sakit kronik, dibuang kerja atau kesempitan kewangan, kelab itu tidak akan menolong mereka walau sedikit jua?

“Ehh! Tentulah negara, negeri dan kelab bolasepak tidak ada kaitan dengan apa yang anda sebut di atas!” demikian agaknya jawapan sebahagian pembaca. Saya berkata, Ya! Tepat sekali! Jika demikian, mengapa anda menyerahkan jiwa, raga dan masa menyokong sesuatu yang tidak peduli langsung tentang anda? Sudah tentu ia satu tindakan yang tidak bijak di kalangan kita yang telah dikurniakan Allah s.w.t. akal fikiran. Ambil saja contoh jumlah masa yang digunakan untuk menonton bolasepak. Sekalipun menonton dalam keselesaan rumah sendiri, banyak masa digunakan untuk menonton perlawanan demi perlawanan, serta berehat sebelum atau selepas menonton. Padahal masa adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia sehinggakan Allah s.w.t. bersumpah dengan masa bagi menunjukkan nilainya: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [al-‘Ashr 103:1-3]

Ciri Muslim Bertaqwa.

Para ilmuan berbeza pendapat dalam menentukan penjelasan yang terbaik bagi pengertian taqwa. Bagi saya, muslim yang bertaqwa ialah muslim yang merasa gerun menghadapi saat dia akan disoal oleh Allah s.w.t. pada Hari Akhirat kelak. Atas sikap gerun, dia berusaha semasa kehidupan di dunia bagi menyediakan jawapan yang sebaik-baiknya ketika di Akhirat kelak. Kita boleh berusaha menyediakan jawapan ketika di dunia ini kerana Allah s.w.t. telahpun menerangkan soalan-soalan yang bakal ditanya. Lima yang pasti ditanya tanpa pengecualian ialah sepertimana hadis berikut: Tidak berganjak dari sisi Allah kedua tapak kaki manusia pada Hari Kiamat (kelak) sehingga dia ditanya tentang lima perkara: (1) Tentang umurnya – untuk apa ia dihabiskan, (2) Tentang masa mudanya – untuk apa ia digunakan, (3) Tentang hartanya – dari mana ia diperolehi, (4) (Tentang hartanya) – kepada apa ia dibelanjakan, (5) Dan apa yang dia amalkan dari ilmu yang dimiliki. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2416]

Justeru seorang muslim yang bertaqwa – dan saya yakin para pembaca sekalian adalah muslim yang bertaqwa – akan pastikan amalan mereka di dunia ini akan memberikan mereka kelulusan cemerlang untuk soalan-soalan di atas pada Hari Akhirat kelak. Atas sikap gerun kepada Allah s.w.t., seorang muslim tidak akan menjawab soalan pertama sebagai: “Saya menghabiskan kebanyakan umur saya menonton bolasepak”. Atas sikap takut kepada Allah s.w.t., seorang muslim tidak akan menjawab soalan kedua sebagai: “Saya menggunakan masa muda saya mengejar sebiji bola”.

Zikir dan Sukan.

Seperti yang saya nyatakan di atas, Islam menggalakkan umatnya bersukan, bukan menonton orang lain bersukan. Bersukan bukan sebarangan sukan, tetapi sukan yang dapat memberi manfaat kepada Islam dan umatnya:Segala sesuatu yang bukan merupakan zikir kepada Allah ‘azza wa jalla maka ia adalah sia-sia dan kelalaian kecuali empat perkara: (1) belajar memanah, (2) berlatih untuk meningkatkan ketangkasan berkuda, (3) bersenda gurau dengan ahli keluarga dan (4) belajar berenang. [al-Silsilah al-Shahihah, no: 315]



Sama-samalah kita bertanya secara jujur kepada diri sendiri, bagaimanakah mengejar sebiji bola atau menonton dan menyorak 22 orang lain mengejar sebiji bola dapat diselarikan dengan tuntutan hadis di atas?


Tuesday, May 18, 2010

Apakah Melayu Akan Terus Melayu?


(Mingguan Malaysia 16 Mei 2010)

Oleh Ridhuan Tee

Pecah, pecah, pecah…sampai bilakah kita akan terus berpecah. Perpecahan umat Melayu Islam sudah sampai ke akar umbi. Mutakhir, kerabat diraja dilanda dengan perpecahan yang membawa kebimbangan patik. Ia turut terbawa-bawa dengan pakar-pakar perubatan yang terlibat. Sebagai pacal yang hina dan rakyat jelata, izinkan patik menyorot sedikit fenomena nasib Melayu di bumi Melayu. Apakah petanda ini menunjukkan bahawa kita sudah tidak mampu bertahan lagi. Harap dijauhkan oleh Allah SWT.

Dalam aspek apapun, kita bermasalah. Politik, asyik berpecah. Ekonomi tidak kuat, hanya 8 orang tersenarai daripada 40 orang terkaya di negara kita. Pemilikan ekuiti bumiputera masih pada tahap di bawah 20 peratus. Mereka yang kaya, hidup dengan cara kayanya. Kadangkala lupa memandang ke bawah bak kata pepatah, bila pandang ke langit, sudah lupa bumi yang dipijak. Dalam bidang Sosial, kita dilanda dengan pelbagai gejala sosial yang menakutkan. Saya amat yakin anak luar nikah yang dibuang dan dibunuh adalah dari kalangan kita.

Tahun 2009 sahaja, hampir 20 ribu anak luar nikah Islam dilahirkan dan didaftarkan. Ini belum termasuk mereka yang menagih dadah, berada di pusat pemulihan, di penjara dan berbagai tempat maksiat yang tidak senonoh dan gejala-gejala lain yang kita sedia maklum seperti tidak solat, merempit, pergaulan bebas, liwat, hasad dengki, bercerai dan sebagainya. Setelah dicampur-campur, berapa jumlah sebenarnya umat Islam yang baik dan berkualiti yang masih tinggal dan boleh diharapkan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia?



Jika kita lemah di sana, kuat di sini, masih tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kita masih ada back up. Misalnya, ekonomi lemah, politik kuat boleh back up atau sosial lemah, ekonomi kuat back up, begitulah timbal balik seterusnya. Ini tidak, dari politik, sosial, ekonomi dan namakan apa sahaja bidang, boleh dikatakan semua kita lemah. Kita lemah atas bawah, depan belakang, kiri dan kanan. Saya tercari-cari di manakah sudut sebenarnya kita kuat? Apakah keadaan ini yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan?

Ini membuatkan saya mengimbau kekuatan Alam Melayu di zaman lampau, ketika mereka mula menerima Islam setelah sekian lama di bawah pengaruh Hindu-Buddha. Kenapa ketika Islam datang ke Alam Melayu 600 tahun lalu, umat Islam boleh menerima agama baru ini dan seterusnya melupakan segala persengketaan sesama mereka? Yang hanya ada dalam fikiran mereka adalah membina kekuatan dan keyakinan sehingga menjadi bangsa bertamadun. Terbukti, Islam berjaya menyatukan mereka. Melayu Islam menjadi umat yang kuat, gagah dan bertamadun. Kerajaan Islam Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia. Secara tiba-tiba nama Alam Melayu melonjak di mata dunia.

Tidak dapat dinafikan berlaku pasang surut apabila Alam Melayu mula ‘dijajah’ oleh barat. Itupun Tanah Melayu tidak dijajah dalam konteks yang sebenar, kerana raja-raja Melayu masih lagi menjadi ketua negara walaupun kehilangan sedikit kuasa. Penjajahan yang sebenarnya masih tidak berlaku kerana orang Melayu masih mempertahankan pemerintahan feudal ketika itu. Walaupun ada berlaku perebutan kuasa antara raja-raja ketika itu, tetapi ianya tetap dapat diselesaikan dengan cara berhikmah.

Kita lihat, semangat Melayu tidak pernah luntur. Sedaya upaya mereka cuba menghalau orang asing yang cuba menjajah mereka. Pejuang-pejuang ketika itu sanggup gugur dan ada yang syahid di medan perang. Kekuatan ini amat menakutkan barat. Terfikir saya, ke manakah hilangnya kekuatan tersebut? Apakah hari ini semangat tersebut telah hilang? Apakah kita sengaja membiarkan ia hilang atau ada perkara lain yang masih belum kita ketahui?

Ini menjadikan saya teringat protokol Yahudi zionis yang mahu menghancurkan Islam melalui pelbagai perancangan dan perencanaan mereka. Saya pernah terbaca Resolusi Mesyuarat Cendekiawan Zionis di Brussels, Switzerland tahun 1897. Intipati resolusi ini lebih kepada perancangan Zionis untuk menakluk dunia dari pelbagai sudut.

Sehingga kini, mereka tidak pernah putus asa untuk menguasai dunia, bermula degan menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan NGO antarabangsa. Dengan cara itu mereka dapat menguasai ekonomi, politik, kewangan, sosial, agama dan semuanya seperti yang dirancangkan. Tidak ada satu pun sejarah besar dunia yang tiada kaitan dengan Yahudi. Sejarah dan bukti kini menceritakan segala- galanya.

Di negara kita misalnya, jika kita tidak bijak menguruskan kepelbagaian kaum di tanah air tercinta ini, sudah lama Yahudi Zionis mengambil kesempatan untuk menapak. Mujur dengan kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu dan kini, keharmonian kaum dapat dibentuk melalui penguatkuasaan undang-undang serta dasar-dasar kerajaan walaupun ada segelintir yang menjadi gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam.

Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa mereka adalah tuan kepada dunia ini dan mereka tidak pernah percaya kepada orang lain. Kalau boleh mereka menghapuskan semua agama, terutama Islam dan seterusnya menjadikan orang lain hamba mereka.

Berikut saya ringkaskan 24 protokol Yahudi untuk tatapan semua. Mudah-mudahan kita dapat mengkoreksi diri untuk melihat di manakah kedudukan kita sebenarnya. Apakah kita telah benar-benar telah menari di atas rentak yang telah dimainkan oleh Yahudi agar kita menjadi lemah dan melayu agar kita dikuasainya.

Protokol Yahudi berpegang kepada sebaik-baiknya memerintah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan. Siapa kuat dia dapat. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Justeru, mereka akan cari pemimpin yang tidak bermoral, tetapi pandai mentadbir. Matlamat mesti menghalalkan cara.

Yahudi akan cuba mempengaruhi negara-negara lain untuk mengikut telunjuknya melalui bantuan-bantuan yang diberikan. Nilai satu nyawa Yahudi bersamaan seribu nyawa orang lain. Caranya dengan memporak-perandakan negara lain terutama kalangan negara Islam. Umat Islam hidup keadaan nafsi-nafsi. Yahudi akan cuba menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati mereka prinsip ketuhanan dan jihad, serta menggantikannya dengan ilmu sekular serta lain-lain keperluan duniawi.

Sekiranya ada di kalangan bangsa lain cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk syak wasangka dan perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Iran adalah contoh terbaik sasaran Yahudi hari ini. Yahudi sedaya upaya cuba menghapuskan Iran. Begitu juga mereka yang menjadi duri dalam daging.

Bagi memastikan matlamat Yahudi ini tercapai, maka mereka bertindak memusnahkan perusahaan bangsa lain, iaitu melalui cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat suka kepada maksiat (kejahatan) dan meminum arak di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan golongan terpelajar dari kalangan bangsa lain. Kita lihat semua teknologi terkini dikuasai Yahudi, kita hanya menjadi penonton dan pengguna. Apa yang berlaku di Iraq dan Timur Tengah adalah contoh yang terbaik.

Orang-orang Yahudi akan menabur fitnah supaya timbul keraguan, kekacauan, pertelagahan dan permusuhan sesama sendiri. Bila timbul penentangan terhadap Yahudi, maka Yahudi mengambil kesempatan dengan menyambutnya melalui ancaman kacau bilau dan peperangan secara total di seluruh dunia.

Pemerintah Yahudi dikelilingi oleh segolongan besar pakar-pakar ekonomi dan orang Yahudi sendiri dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan. Yahudi akan membawa masuk racun ‘liberalisma’ ke dalam negara-negara lain supaya menggugat kestabilan politik mereka. Pilihan raya diatur supaya dapat memberi laluan kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat mewakili mereka sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangannya. Apakah kemunculan pakatan parti ultra ada kaitan? Sama-sama kita fikirkan.

Penguasaan media antarabangsa dengan propaganda tertentu digunakan sewenang-wenangnya hari ini atas dasar kebebasan atau hak asasi manusia. Kalau bangsa lain diberikan permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran masyarakat dunia agar menyebelahi propaganda Yahudi.

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi bertindak menghapuskan golongan korporat dari kalangan bangsa lain, di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan, kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka.

Untuk mengalih perhatian mereka daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi akan membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan yang melalaikan, seks bebas, filem dan bahan porna, sukan, pesta dan sebagainya, sehingga mengalpakan kita daripada agama. Apabila mendapat kekuasaan, Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Tidakkah apa yang berlaku di Palestin menjadi pengajaran kepada kita?

Selain itu, Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa lain dengan kadar faedah yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi bangsa lain akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut. Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Pada masa sama, Yahudi juga akan memastikan kerajaan bangsa lain hendaklah diserahkan kepada mereka yang tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas, akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin Yahudi. Yahudi tidak pernah memberikan peluang kepada umat Islam yang bermoral untuk memerintah. Mereka akan cari pemimpin yang tidak bermoral sebagai pengganti walaupun mungkin terlibat dengan pelbagai skandal.

Berdasarkan ringkasan 24 protokol ini, amat jelas sekali bahawa protokol Yahudi hampir menguasai ke semua bangsa dan negara di dunia ini. Hanya masa yang akan menentukan hasilnya jika diizinkan oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam, sudah pasti kita wajib menghalang perancangan jahat Yahudi laknatullah ini.

Cara dengan mengelakkan orang Melayu Islam daripada menjadi melayu seperti layunya rumput semalu bila disentuh. Yahudi gertak sahaja, kita sudah takut dan menurut kata mereka. Saya cukup kagum dengan cara Iran menghadapi serangan dan perancangan Yahudi. Walaupun sebahagian kecil rakyatnya sudah dirosakkan, tetapi disebabkan oleh ketegasan pemimpinnya atas dasar Islam, Yahudi hari ini masih gagal lagi untuk menembusi Iran.

Kita tidak perlu meniru Iran kerana gaya dan cara hidup mereka berbeza. Cuma semangat presiden Ahmadinejad perlu ada pada kita supaya tidak mudah terpengaruh propaganda yahudi dan perlu yakin dengan kekuatan hidup beragama. Melayu tidak akan layu jika berpegang kepada Islam. Jika Islam yang menjadi rujukan dan cara hidup, kita akan terus mendapat kekuatan. Pokoknya, bagaimanakah untuk merealisasikannya? Ia bermula dengan mengelakkan atau mengurangkan perpecahan. Bersangka baiklah sesama kita. Seburuk-buruk kita, kita tetap bersaudara. Berkawanlah sesama saudara daripada berkawan dengan musuh atas nama Islam.

Saya teringat cerita Cina dahulu kala antara Mencius dan anak muridnya. Anak murid ini mahu menguji kepandaian gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak burung dan bertanya kepada gurunya. “Adakah burung di tangannya itu hidup atau mati?” Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung itu sampai mati. Jika gurunya kata mati, dia akan longgarkan genggamannya supaya burung itu hidup. Tujuannya, agar apa jua jawapan gurunya tetap salah. Tetapi murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru itu menjawab dengan selamba, “masa depan burung itu terletak di tangan kamu”.

Pengajarannya, masa depan anak bangsa negara kita terletak di tangan kita. Marilah kita realisasikan kata-kata Mencius ini, tell me, I will forget. Show me, I may remember. Involve me, I will understand. Hari ini tidak kira, apa jua ideologi dan latar belakang kita, maruah agama, bangsa dan negara mesti diselamatkan daripada tangan-tangan yang cuba menghancurkan kesucian. Jika perlu campurtangan kita mesti campurtangan sebelum yahudi dan seterunya masuk secara perlahan-lahan. Sebenarnya yahudi itu sudah berada di depan mata kita.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis



Monday, May 17, 2010

Ulasan PRK Sibu - Kemenangan Mengejutkan Semua Pihak?


Dari Mohd Sayuti Omar

SYABAS diucapkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tepai kepada BN.

DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.


Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula 'menjelira' ke dalam hati masyarakat di sana.

BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.

Kekalahan itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menirima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.

Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.

Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu. [*** 11:10 pm 16/05/10]


Sunday, May 16, 2010

Kami Perjuang Usul, Anda Dakwah Remeh & Ranting ?


Dari zaharuddin.net

Beberapa bulan lepas saya membaca satu berita yang menggembirakan jika dilihat dari sudut pandang Islam. Namun saya yakin ia berita yang negatif jika dilihat dari sudut nafsu wanita moden yang sentiasa ingin ‘bebas' dalam cara pemakaian mereka, kononnya di atas nama ‘hak kebebasan'.

Berikut adalah beritanya :-

KOTA BHARU 23 Jun - Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.



Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

....Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,'' katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.

Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu.

Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500. - BERNAMA.

Saya mengucapkan tahniah kerana pihak berwajib yang bersungguh melaksanakan etika sebegini. Namun sudah pasti di zaman kerosakan akhlak dan kebanjiran masalah sosial ini, pelaksanaan etika ini akan dilihat PELIK, JANGGAL, ZALIM dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang ingin membaca hujjah lanjut saya dalam hal ini, anda boleh membaca di artikel berikut :-

1) Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi?

2) Dilema Aurat Wanita Bekerja & Suami Nusyuz

3) Suami & Lelaki Dayus

Bagi mereka yang memahami Islam dari sumber yang sohih, ia tidak pelik sama sekali malah tepat sekali terutamanya di waktu wanita keluar bekerja.

Sabda Nabi s.a.w :-

إن الإسلام بدأ غريبا وسيعود غريبا كما بدأ

Ertinya : Sesungguhnya Islam dahulu datanag dalam keadaan asing, dan ia akan kembali semula dalam keadaan yang dilihat asing" (Riwayat Muslim)

Al-Qadhi ‘Iyadh mengulas bahawa di waktu Islam muncul dahulu, ia hanya diamalkan oleh sebilangan kecil pengikut, justeru ajaran-ajarannya dilihat begitu pelik dan asing dari kebiasaan masyarakat Jahiliyyah, kemudian Islam tersebar luas di seluruh dunia. Sesudah itu, semakin ramai yang akan culas dari ajaran Islam sehingga Islam tidak diamalkan kecuali oleh sedikit manusia sahaja. Tatkala itulah kumpulan yang ingin dan telah mengamalkan Islam AKAN DILIHAT BEGITU PELIK oleh si Jahil, munafiq dan kafir yang merupakan majoriti.

Inilah yang saya kira akan berlaku kepada usaha kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan etika aurat ini. Pasti ramai yang akan mengecilkannya dari kelompok yang telah saya sebutkan di atas.

ISU REMEH SAHAJA

Tidak kurang juga ada yang mengutuk usaha Kelantan ini sebagai usaha yang sangat kecil dan meninggalkan priority. Tidak berbaloi, ranting dan lain-lain. Jika berjaya, ia kejayaan remeh, demikianlah kesimpulan yang lahir dari minda si pengkritik.

Saya teringat, ketika saya muncul secara ‘live' di RTM 1 sekitar sebulan lepas membicarakan persoalan harta dan pendapatan syubhat dalam urusan kewangan harian, ada seorang pemanggil yang saya tidak pasti ingin bertanyakan soalan atau memberikan pandangan. Individu itu berkata :

"Bukankah isu yang sedang kita bincangkan ini hanya isu ranting, malah banyak lagi isu besar yang patut dibincang..bla bla bla.."

Itulah point utama komennya, ia seolah-olah tidak puas hati kerana kononnya kami membuang masa membincangkan perkara ranting, meninggalkan perbincangan hal besar dan usul, mungkin seperti isu hudud, ISA, sekular, politik dan lainnya.

Panjang jika saya ingin mengulas lengkap, namun cukuplah saya katakan, adakah anda faham bagaimana penentuan sesuatu hukum itu sebagai ranting atau usul ? Zhonni atau Qati'e ?

Isu harta haram sebenarnya bukan isu ranting bahkan ia adalah tergolong dalam isu usul dan kekal pengharamannya sehingga hari kiamat. Malah ia memberI kesan kepada seluruh ibadah, sistem iman dan nilai seseorang sebagaimana hadis nabis.a.w yang telah banyak saya perkatakan sebelum ini. Demikian juga isu aurat dan zina.

Malah jika sesebuah jemaah Islam atau parti politik islam itu yang berjuang habis-habisan untuk perkara besar (menurut mereka) iaitu kerajaan Islam hingga berjaya memenagni kerusi dan tampuk pemerintahan, namun jika sistem kewangannya, pelaburan kerajaannya, simpanannya masih terlibat dengan riba. Saya kira perjuangan mereka masih dikira gagal kerana sesiapa yang terlibat dengan riba adalah dikira berperang dengan Allah dan RasulNya.
Benar, saya selalu mendengar kutukan dari satu pihak terhadap usaha kebaikan Islam yang cuba dilakukan oleh pihak lain hanya kerana kononnya ia isu kecil dan ranting. Lalu diikuti kutukan itu dengan merendah-rendahkan tugasan dan usaha yang dilakukan. Ia tidak sama sekali dari cara Islam.

TIADA DAKWAH MELAINKAN DENGAN BERPOLITIK KEPARTIAN?
Sekali lagi saya nasihatkan, mereka yang berjuang Islam melalui sesuatu paltform, akan memperkecilkan usaha dakwah pendakwah LAIN YANG TIDAK melalui wadah yang sama dengan mereka. Sebagai contoh, kerap kita lihat kejumudan minda beberapa individu yang berjuang Islam melalui politik kepartian, lalu diremeh dan dikutuk semua yang tidak berjuang Islam melalui politik secara terangan seperti mereka. Dicemuh kononnya ‘tercicir' dari jalan dakwah. Apa mereka ingat dakwah itu khas buat mereka, tertipu sungguh mereka dengan permainan perasaan oleh Syaitan.

Justeru, jika anda ingin berjuang menegakkan politik Islam melalui wadah politik kepartian, silakan.

Namun jangan sesekali memandang rendah individu yang berjuang untuk Islam melalui wadah penulisan blog, buku, novel, cerpen, perubahan sikap, kartun, nasyid dan lain-lain. Masing-masing mempunyai peranan dan hanya Allah yang mengetahui siapakah di antara mereka yang lebih ikhlas dan diterima amalnya.

Selain itu, ingin saya tegaskan sikap sombong dan besar diri beberapa individu yang ‘kononnya' merekalah juara dalam isu besar dan usul sehingga memperkecilkan kerja dan usaha baik orang lain. Sikap ini perlu dijauhinya sama sekali. Kononnya mereka adalah 'hero' sebenar kerana berdepan dengan kezaliman, penjara, mudarat dibuang kerja dan lainnya, sedangkan pejuang lain dikatakan hanya bermain-main di tepi-tepi tanpa keberanian.

Sedarilah, merasa hero dan berani dalam berjuang adalah pemusnah kepada segala amalan, ia tergolong dalam perasaan ujub dan riya yang menghilangkan berkat dan pahala.

Tidak sedarkah mereka ia satu penyakit ‘ujub dan merasa diri hebat dengan jalan perjuangan itu. Memperjuangkan Islam punyai cara yang amat luas dan pelbagai, tidak perlu semua mengikuti rentak dan cara yang sama, kaedah perlu di pelbagai sesuai dengan kumpulan sasaran.

Bahkan berjuang Islam melalui politik kepartian itu sendiri amat luas skopnya, dan bukan hanya dengan berterus terang sebagai ahli atau pimpinan parti tertentu. Berceramah di musim pilihanraya atas pentas, berdemontrasi aman, menyerah memorandum, mengulas isu politik kepartian dengan terus terang dan lain-lain atas nama parti. Inilah sahaja yang dikategorikan 'berani' dan 'berjuang Islam' oleh segelintir mereka.

Kita dapat lihat di zaman ini, begitu ramai ulama berperanan walaupun tanpa komit dengan parti politik kepartian tertentu. Seperti Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli, Dr Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi. Buku tulisan mereka, kertas kerja pembetangan mereka tersebar seluruh dunia dan dimanfaatkan oleh kawan dan lawan, berparti dan tidak berparti.

Tidak dinafikan ramai juga yang mengambil jalan politik kepartian seperti Syeikh Dr. Abdullah Azzam, Dr Muhd Abu Faris, Syeikh Dr Hammam Sa'id dan lain-lain. Justeru kedua-duanya cara dan kaedah punyai faedah dan kelebihan masing-masing, menafikan usahakan kedua-dua cara adalah KEJAHILAN yang menyedihkan.

SEMUA MULA MENDABIK DADA
Saya bimbang sampai satu ketika, masing-masing ingin mendabik dada, isu yang dipilihnya adalah yang paling awla (tinggi priority),

Pejuang isu aqidah mendabik dada mendakwa perjuangannya paling kukuh dan awla, tanpa aqidah semua rosak, sehinggalah dia tenggelam dalam kafir mengkafir,

Pejuang fiqh kewangan juga mungkin dilambung ujub kononnya isu riba dan harta halal amat penting,

Pejuang politik islam dan hudud sudah tentu merasa semua yang baik boleh dibina melalui kuasa politik, justeru perjuangannay maha penting,

Pejuang perubahan sikap turut mungkin mendabik dada, tanpa perubahan sikap semua tewas,

Pejuang isu makanan halal pula mungkin bersuara, tanpa makanan halal kita akan hancur dengan doa tidak maqbul,

Pejuang isu wahabi, salafi dan khalafi pula tenggelam dalam isu bid'ah, aat sifat, tajsim,sifat dua puluh , tauhid yang tiga yang didakwanya maha penting,

Pejuang mengkafirkan ulama dan usaha ulama silam turut mungkin mendakwa sumbangan terbesar kernaa bimbang buku ulama terbabit akan menyelwengkan umat,

dan macam-macam lagi.

Saya tidak meremahkan mana-mana pun namun Apa yang penting untuk difahami, biarlah setiap orang berjuang dengan cara mereka. Anda tidak tahu manakah yang lebih utama, berjasa dan lebih ikhlas di sisi Allah swt. Ada yang berjuang Islam melalui politik, teruskan. Ada yang mampu mengambil

* jalan akademik,

* ada yang ikuti jalan NGO,

* korporat,

* motivasi pelajar,

* pembinaan program di sekolah,

* mengasaskan tadika islam,

* menyediakan perniagaan dan makanan halal dan lain-lain.


Setiap satu melengkapi antara satu sama lain. Mana yang terbaik di sisi Allah?, ia bergantung kepada dalaman, usaha bersungguh dan keikhlasan si pendakwah.

Allah swt berfirman :-

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً

Ertinya : Katakanlah: ""Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing"". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" ( Al-Isra : 84 )

Ibn Abbas menyatakan erti "syakilatihi" dalam ayat ertinya " sudut masing-masing", manakala sebahagian lain mengatakan berdasarkan niat masing-masing( At-Tabari, 15/154 ; Al-Qurtubi, 10/322)

Buat pihak yang suka dan berhasrat untuk mengutuk kerja dan usaha baik orang lain, sedarilah anda sebenarnya sedang MELAKUKAN DOSA dan menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-

‏لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن ‏ ‏تلقى أخاك ووجهك منبسط

Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )

Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang, kita ditegah untuk memperlecehkannya. Yang penting juga adalah setiap kita bukan Malaikat yang mengetahui setiap gerak geri, niat dan usaha yang dilakukan oleh orang lain untuk Islam. Oleh demikian, tidak adil sama sekali dengan ringan mulut kita menudingjari mendakwa si fulan telah tidak berjuang untuk Islam kerana sibuk dengan bisnesnya, motivasinya, syarikatnya, sekolahnya, kerjayanya dan lain-lain.

Kita sebenarnya tidak tahu secara tepat akan usaha dakwah yang dilakukan oleh orang lain, disebabkan sebahagian usaha untuk Islam mungkin dilaksanakan secara kelompok kecil, dan sebahagian yang lain pula tiada publisitinya.

Akhirnya tahanlah diri dari mudah bersangka buruk dan perhatikan tugas dan keikhlasan niat KITA SENDIRI dalam berjuang untuk kebaikan Islam, dan kurangkan 'menyibuk' dengan kutukan kepada individu lain.

APA SUMBANGAN KITA? SEJAUH MANA KEIKHLASAN KITA , SEBELUM MEMPERTIKAIKAN SUMBANGAN ORANG LAIN.

Sekian

Zaharuddin Ab Rahman
24 Jun 2008


Saturday, May 15, 2010

Mengangkat Tangan dan Mengaminkan Doa Imam qunut Subuh - Fatwa Ulama


Oleh : Ustaz Murad Said

Bismillah was solaaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Nukilan ini adalah untuk mereka yang berpendapat bahawa membaca doa qunut dalam solat Subuh secara berterusan bukan sunnah Nabi SAW. Sebagaimana pendapat sebahagian ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal dll rahimahumullah.

Permasalahannya disini bukan tentang membaca qunut Subuh itu sendiri, pembahasan ini masyhur dan mudah didapati dimana2 lelaman internet. Ia juga bukan berkaitan dengan hukum mengangkat tangan ketika membaca qunut, hampir tiada khilaf dikalangan masyaikh bahawa Nabi SAW telah mengangkat tangan ketika qunut, begitu juga Umar Ibnul Khattab r.anhu dan diaminkan oleh para sahabat dibelakang.

Mahallun niza'nya adalah : Apakah makmum harus ikut mengangkat tangan dan mengaminkan doa qunut Imam setiap solat Subuh?

Tujuan posting ini adalah mengumpulkan fatwa para ulama yang dianggap imam-imam dan masyaikh mereka2 yang bermanhaj salafus soleh sebagai rujukan.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rhm


...Dan telah jelas dari apa yang kami sebutkan bahawa qunut itu ketika Nawazil, dan bahawa doanya dalam qunut bukan sesuatu yang khusus, dan tidak berdoa dengan apa yang terlintas dihatinya, bahkan hendaklah dia berdoa dengan doa yang masyru' yang sesuai dengan sebab qunut, sebagaimana dia berdoa ketika istisqa' ( minta hujan ) dia berdoa dengan yang sesuai dengan maksudnya, maka demikian juga jika berdoa minta pertolongan ( keatas musuh ) dia berdoa sesuai dengan maksudnya, seperti juga jika dia berdoa diluar solat untuk sebab itu, maka dia akan berdoa sesuai dengan maksudnya,. Inilah yang terdapat pada sunnah Rasulullah SAW dan sunnah Khulafa' ar-Rasyideen.

Barangsiapa yang berkata ia adalah sebahgian dari Ab'adh solat yang ditutupkan dengan sujud sahwi, maka dia telah mengasaskannya atas alasan bahawa ia adalah sunnat yang disnnatkan secara berterusan, seperti tasyyahud awal dan seumpamanya, dan telah jelas juga bahawa ia bukan demikian, ia bukan sunnah raatibah, tidak disujud (sahwi ) untuknya. Tetapi siapa yang mengi'tkiadkan demikian secara ta'weel maka baginya ta'weelnya, seperti semua masalah ijtihad.

Oleh yang demikian, seyogianya bagi makmum mengikut imamnya didalam perkara yang dibenarkan diijtihadkan, apabila dia qunut, maka qunutlah bersamanya, jika imam tidak qunut maka dia tidak qunut. Kerana Nabi SAW telah bersabda :

إننما جُعل الإمامُ لِيؤتَمَّ به

(( Hanyasanya dijadikan imam itu agar diikuti.)) ( Bukhary : 662 )

Dan beliau bersabda :

فَلا تختلفوا على أئمتكم

(( Jangan kamu bersalahan dengan imam2 kamu )).

Dan telah tsabit dalam as-sahih bahawa beliau bersabda :

يُصَلون لكُم فإن اصابوا فلكم و لهم، و إن أخطؤا فلكم و عليهم

(( Mereka solat untuk kamu ( mengimami ) jika mereka betul, maka bagi kamu ( pahala ) dan bagi mereka, jika mereka salah maka bagi kamu ( pahala ) dan atas mereka ( dosanya ).))

Tidakkah kau lihat jika imam membaca surah selepas Fatehah dua rakaat terakhir dan memanjangkan pula bacaannya lebih dari dua rakaat pertama, kamu tetap wajib mutabaah imam dalam hal demikian?

Adapun mendahului imam maka tidak boleh. Jika imam qunut maka tidak boleh bagi makmum mendahuluinya, tidak boleh tidak mesti mengikutinya, oleh kerana itu apabila Ibnu Masu'd meningkari perbuatan Utsman r.a meyempurnakan solat 4 rakaat di Mina kemudian tetap solat 4 rakaat dibelakang beliau lalu ditanyakan kepada beliau : beliau menjawab : " الخلاف شر " ( Khilaf itu buruk.)

Demikian juga Anas bin Malik r.a bila ditanya tentang waktu melontar jamrah, beliau menjawabnya ( dengan sunnah ) kemudian beliau berkata : " Lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Imammu ." Wallahu a'lam. ( Majmu' Fatawa : jilid 23 )

Fatwa Lajnah Daaimah

.....Imam Malik rhm telah mensunnatkan qunut dirakaat terakhir solat Subuh sebelum ruku', Imam Syafiey pula berpendapat bahawa qunut itu sunnah selepas ruku', dan yang demikian itu adalah pendapat sekumpulan Salaf dan Khalaf. Ringkasnya, mengkhususkan qunut pada solat Subuh termasuk masail khilafiyyah ijtihadiyyah, barangsiapa solat dibelakang imam yang berqunut Subuh secara khusus samada sebelum atau selepas ruku', maka hendaklah mengikutinya, walaupun yang rajih adalah hanya berqunut didalam solat fardhu bila ada nazilah sahaja.

Abdullah bin Manee', Abdullah bin Ghudayyan, Abdur Razzaq Afeefy

Fatwa Syaikh Ibn Baz rhm

Soalan :

Jika aku tinggal bersama orang-orang yang tidak qunut, kemudian aku pindah tinggal bersama mereka yang berqunut, adakah aku qunut bersama mereka, atau bagaimana kamu nasihatkan aku?

Jawaban :

Jika mereka qunut, maka qunutlah bersama mereka, dan terangkanlah yang sunnah kepada mereka jika engkau mempunyai ilmu, ini disebabkan umum sabda Nabi SAW : (( Hanyasanya dijadikan imam itu agar diikuti, maka jangan kamu menyelisihinya. )), dan mereka mempunyai syubhat; kerana sebahgaian ahlul ilm berkata demikian, mereka berkata : ( sunnah ) terus menerus berqunut dalam solat Subuh. Maka jika mereka berqunut, maka qunutlah bersama mereka, dan ajarkan sunnah kepada mereka jika engkau mengetahui moga2 mereka mengambil faidah darimu.

Soalan :

Jadi qunut dalam solat Subuh tidak mewajibkan khilaf dikalangan muslimin?

Jawab :

Tidak seyogianya khilaf dikalangan muslimin, kerana terdapat syubhat dan disebutkan oleh sebahagian ulama, tetapi meninggalkannyalah afdhal , lebih selamat, lebih rajih; kerana kata Sa'ad bin Toriq al-Asyja'ey r.anhu, : (( Aku bertanya bapaku : Wahai bapaku! Engkau telah solat dibelakang Rasulullah SAW , Abu Bakar, Ustman dan Ali, apakah mereka qunut dalam solat Fajar?


Wahai anakku, ia muhdath ( diada2kan ).))

Maka ini menunjukkan bahawa bukan sunnah mereka berqunut secara berterusan dalam Solat Fajar, tetapi jika ada hajat, jika ada nazilah, musuh, maka mereka berqunut Nazilah dalam solat Subuh dan selainnya. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW.

http://www.binbaz.org.sa/mat/15922


Fatwa Syaikh Albany rhm


Soalan

Imam doa qunut, bolehkah makmum mengangkat tangannya ?

Jawaban :

Mesti ( لا بد ) mengikut imam, samada dia betul atau salah, kerana Nabi SAW telah meng"umum"kan apabila baginda bersabda : (( Hanyasanya dijadikan imam itu agar dikuti )) kemudian terdapat beberapa furu' yang menguatkan umum ini. Tiada perlunya sekarang memperincikannya ..


http://www.alalbany.ws/alalbany/audio/325/325_05.rm

Didalam fatwa lain yang panjang, Syaikh Albany rhm telah berkata ( secara ringkasan ):

1) Jika aku solat belakang Syaikh Ibn Baz yg bersedekap lepas ruku' aku akan ikut bersedekap
2) Kalau aku ikut solat belakang Imam Abu Hanifah rhm sendiri atau imam yg mengikut beliau lalu ((sadl )) kan tangannya aku ikut sadl ( ketika intiqal dari rukun kerukun )
3) Kalau imam aku tidak duduk jalsah istirahah, aku pun tidak duduk
4) kalau imam aku bangun rakaat kelima kerana lupa, aku ingatkan, kalau dia terus jugak aku ikut walaupun aku yakin imam aku salah. Aku tak ikut pendapat Ibnu Taimiyah, yg kata jgn ikut imam dlm hal ini.

Hujjahnya ?

Beliau baca hadith :

1) Innama ju'ila al-imam liyu'tamma bihi... yg makruf. diakhirnya,(( jika imam solat duduk kamu duduk.))

Wajhu al-istidlal : kesalahan solat duduk bagi yg mampu berdiri digugurkan semata2 kerana ikut imam, maka haiah solat lain lebih2 lagi.

Ada pembaca yang mungkin tahu bahawa beliau berkata qunut subuh bid'ah, qabd cara Ibn Baz bid'ah, tapi inilah fatwa beliau , syadidu mutabaatil imam. Paling tolerant yg ana pernah jumpa. Mutaba'ah tammah!

Tetapi beliau ada mensyaratkan :-

1) Imam bukan sengaja qunut juga walaupun tahu qunut bukan sunnah, tetapi seorang mujtahid atau mengikut seorang mujtahid. Dalam perbuatan " haiah " solat lain hendaklah Imamnya betul2 mengikut mazhabnya, kalau imam bermazhab Syafiey tidak mengangkat tangan ketika intiqal beliau akan tetap angkat ikut sunnah, kerana imam bersalahan dengan mazhabnya sendiri.

2) Makmum tahu akan perbuatan2 imam. seperti angkat atau tidak angkat tangan, duduk atau tidak duduk istirahah, berdekap lepas ruku' atau tidak dsbg.

http://live1.islamweb.net/Lecturs/malalbane/31998.rm

Fatwa Syaikh Ibn al-Uthaimeen rhm

...Kemudian penanya ini berkata : jika seorang insan menjadi makmum, apakah dia mengikut imam ini lalu mengangkat kedua tangannya dan mengaminkan bersamanya atau lepaskannya kesampingnya, maka jawabnya kami katakan bahkan hendaklah dia mengaminkan doa imam dan mengangkat kedua tangannya kerana mengikut imam dan takut bersalahan.

Sesunguhnya Imam Ahmad rhm yang berpendapat tidak disyariatkan qunut dalam solat Fajar telah me'nas'kan hendaklah seorang makmum mengikut imam yang qunut dalam solat Fajar dan mengaminkan doanya sedangkan beliau tidak berpendapat disyariatkan qunut dalam solat Fajar dalam pendapat masyhur darinya, tetapi beliau rahimahullah telah meringankan dalam mutaba'atul imam yang qunut dalam solat Fajar kerana takut khilaf yang akan mengakibatkan bersamanya khilafnya hati2.

Dan inilah yang datang dari para sahabat r.anhum ..

**Kemudian beliau telah membawa atsar sahabat dan Uthman bin Affan, dimana mereka mengikut Ustman walaupun mereka menganggap solat cara Uthman itu munkar, menyalahi sunnah. Berkata Ibnu Masu'd r.a : al-khilaf syarr.

http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_3050.shtml

Fatwa Syaikh Abdul Muhsin Al-A'bbaad

" Seseorang mengikuti imam didalam masalah-masalah khilafiyyah ( yang masih diperselisihkan oleh para ulama ) ... Dia harus mengikut imam , dan tidak boleh memisahkan diri atau meninggalkan solat belakang orang yang berqunut. Jika seseorang memandang bahawa amalan itu tidak sejalan (dengan sunnah) atau dia berpendapat bahawa perkara itu bid'ah sedangkan yang lain berpendapat bahawa itu adalah sunnah; dalam kondisi seperti itu dia tidak boleh meninggalkan solat dibelakang orang yang berbeda pendapat dengannya saat dia mengamalkan apa
yang dia ( imam )yakini. ."

14 Contoh Praktek Hikmah Dalam Berdakwah m/s 144


Fatwa Syaikh Rabee' Al-Madkhaly

Jika imam solat dan berunut, qunutlah bersamanya, bersalahannya imam dengan makmum walaupun makmum memandang solat imam tidak sah dlm mazhabnya tetapi ia sah menurut mazhab imam ini, solatlah belakangnya, Rasulullah SAW telah memerintahkan agar solat dibelakangnya sabda beliau : ((Mereka solat untuk kamu, jika mereka betul maka bagi kamu dan bagi mereka jika mereka salah maka bagi kamu dan atas mereka.))

Adalah salaf yakni Khalifah ar-Rashid telah singgah diMadinah untuk menunaikan haji dan berbekam, beliau bertanya Imam Malik : " Aku telah berbekam boleh aku solat dengan tanpa berwudhu?" Jawab Malik : "Solatlah!." Maka beliau pun solat menjadi imam tanpa berwudhu kerana berbekam.

Dalam mazhab Hanafi berbekam membatalkan wudhu, maka ditanya kepada Abu Yusuf ( murid Imam Abu Hanifah ): " Bagaimana kau solat dibelakang Ar-Rasyid sedangkan beliau berbekam dan tidak berwudhu ?" Beliau menjawab : " Subhaanallah, beliau ameerul mu'minin !"

Ibnu Taimiyah mempunyai kata2 : (( Hendaklah engkau solat dibelakang imam walaupun jika engkau khilaf dengannya tentang sesuatu, engkau dapati yang dia laukan batil, solatnya tidak sah, tetapi dia ( imam ) memiliki usul, dalil, padanya solatnya sah, maka solat dibelakangnya walaupun padamu tidak sah. Melainkan engkau yakin dia tidak berwudhu, dia kata kepadamu ; aku tidak berwudhu, aku solat tanpa wudhu!
Maka solatnya batil pada mazhabnya dan mazhabmu. ))

http://www.kulalsalafiyeen.com/vb/showthread.php?t=1023


Fatwa Syaikh Masyhur Al-Salman

Soalan :

Diharapkan perincian tentang mutaba'atul imam

Jawaban :

Masalah mengikut imam adalah masalah yang terdapat perbezaan pendapat, ulama berbeza pendapat tentang makna sabda Nabi SAW : (( hanyasanya dijadikan imam untuk diikuti ))

Yang aku lihat rajih adalah, apabila imam menambah dalam solat, hendaklah makmum meningatkannya, jika imam teruskan juga, hendaklah mereka berdiri bersamanya dan mengikutnnya. Adapun bila imam menyalahi petunjuk Nabi SAW didalam haiah solat, maka kami lebih beruntung dengan sunnah Nabi dari imam ini, dan aku meminjam kata2nya kepada Ali r.anhu yang dikeluarkan An-Nasaiey didalam al-Mujtaba dengan sanad jayyid, kata beliau : (( Apakah kami meninggalkan sunnah Nabi kami kerana perbuatan seorang badwi yang kencing dikakinya? " Maka aku lebih beruntung dengan petunjuk Nabi SAW dari imam ini, dan yang penting adalah mengikut imam yang terbesar : Nabi SAW (( Solatlah seperti kamu melihat aku solat.))

Akan tetapi, jika imam menyalahi petunjuk Nabi SAW lalu menambah contohnya qunut Fajar, maka tidak boleh bagiku menyalahinya, dan aku qunut bersamanya, ini padaku adalah makna sabda Nabi SAW ; (( Mereka solat untuk kamu ... )). Dan inilah fahaman sahabat yang aku faham dalam masalah ini, maka Ibnu Masu'd apabila Uthman solat empat rakaat dalam safar, beliau telah bangun dan berkhutbah, (( Sesungguhnya aku telah solat belakang Nabi dua rakaat, belakang Abu Bakar dua rakaat, belakang Umar dua rakaat, disini aku solat empat rakaat, semoga yang aku dapat dari empat rakaat ini dua rakaat yang diterima, sesungguhnya khilaf itu buruk.)) ...

http://www.almenhaj.net/makal.php?linkid=397

Inilah yang sempat ana kumpulkan, yang diharapkan telah mencapai maksud insya Allah, dimana fatwa-fatwa ini diiringi dalil-dalil salafiyah . Jika ada tambahan atau komen dipersilakan. Bagi para asatizah yang memberi fatwa, atau menjawab soalan perhatikanlah dahulu fatwa-fatwa ini. Ini bukan masalah khilafiyah biasa. Didalamnya terdapat aplikasi qawaid manhaj yang penting. Pada amatan ana yang lemah, ini satu masalah yang perlu dirujuk kepada kibar ulama, sebagaimana yang sering dinasihati oleh masyaikh kita. Jika mereka khilaf, kita khilaf, jika mereka ittifaq, kita juga seharusnya ittifaq, jika diantara jumhur masyaikh dan syaz, seyogianya kita tinggalkan yang syaz dan kembali bersama jumhur.


Wallahu Waliyyu at-taufiq

Sumber : http://www.fawaaid.sg/2010/05/mengangkat-tangan-dan-mengaminkan-doa.html




Popular Posts