Pages

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI

Monday, November 2, 2009

Penangkapan Bekas Mufti Perlis Oleh JAIS

Oleh: Detektif Tajdid

Amat menghairankan, macam mana seorang bekas mufti boleh ditangkap oleh Jabatan Agama Islam hanya kerana menyampaikan kuliah. Ini mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia. Alasannya mudah sahaja, menyampaikan kuliah tanpa mempunyai tauliah. Saya pun tidak tahu sebesar manakah tauliah tersebut berbanding dengan tauliah yang diamanahkan oleh Allah kepada semua umat Islam supaya menegakkan perkara maaruf dan mencegah kemungkaran.

Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah tidak ada kerja lain yang hendak dibuat? Tengah malam buta pun sanggup bersengkang mata hanya untuk memburu seorang pendakwah. Mungkin pihak JAIS telah lama menunggu peluang ini untuk menangkap Dr Mohd Asri ditambah pula dia sekarang bukanlah seorang mufti. Hanyalah seorang pensyarah di sebuah universiti.

Pada pendapat saya, adalah tidak wajar beliau ditangkap hanya kerana tidak mempunyai tauliah daripada JAIS. Adakah perlu ditanya tentang pentauliahan tersebut sedangkan beliau adalah seorang pensyarah universiti yang memegang PhD dalam bidang hadis dan pernah memegang Jawatan sebagai seorang mufti? Pegawai JAIS yang menangkap beliau itu pun belum tentu mempunyai kesarjanaan atau kelulusan yang tinggi dalam ilmu Islam.

Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan seorang muslim yang mempunyai minda yang tajam dan pandangan yang bernas sebagaimana Dr Mohd Asri. Bukannya menyekat aliran ilmu yang sentiasa keluar dari mulut beliau. Hal ini bukan sahaja menimpa beliau bahkan pendakwah-pendakwah lain di Malaysia. Malah lebih teruk daripada itu sehingga dihumban ke dalam ISA.

Pihak Jabatan Agama Islam di Malaysia sebenarnya mempunyai banyak tugas lain yang perlu dilaksanakan. Jangan sibuk kacau orang yang menyampaikan kuliah, pergi kacau manusia-manusia yang tidak bertamadun di ‘night club’ atau anak-anak muda yang terkinja-kinja bersama pasangan masing-masing di tepi jalan dan taman-taman bunga. Pergi selesaikan masalah-masalah wanita yang berkaitan dengan talak, nafkah dan sebagainya di mahkamah syariah yang tertangguh sehingga bertahun-tahun. Pergi cari rakyat Malaysia yang miskin dan hidup melarat untuk diberi sumbangan zakat. Takkan tiap-tiap minggu hanya ‘Bersamamu’ TV3 dan artis yang pergi hantar bantuan. Mana perginya ustaz-ustaz yang mengutip zakat saban tahun?

Nasihat saya kepada pegawai-pegawai yang menguruskan hal ehwal Islam…Tidaklah besar mana pun jawatan yang anda pegang. Tidaklah banyak sangat pun gaji yang anda dapat. Janganlah kerana jawatan yang kecil dan gaji sedikit itu, anda terpaksa menjawab soalan yang bertalu-talu di hadapan Allah Azza Wajalla kerana tidak menguruskan urusan umat Islam dengan baik.
Mohon maaf jika terkasar bahasa….

1. Ulasan daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin, sila klik di sini.
2. Lagi laporan daripada Mstar Online: “Jamil Khir gesa JAIS beri keterangan isu penahanan Dr Asri “, sila klik di sini.
3. Ulasan daripada KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, sila klik di sini.
4. Lagi laporan daripada Malaysiakini : “Jais tidak jadi dakwa Dr Asri”, sila klik di sini.
5. Ulasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak , sila klik di sini.
6. Ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, sila klik di sini.
7. Ulasan daripada Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, sila klik di sini.
8. Lagi laporan daripada Mstar Online : “Pegawai JAIS adakan perbincangan dengan Dr.Asri, muncul di mahkamah lewat dua jam”, sila klik di sini.
9. Ulasan daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim, sila klik di sini.
10. Ulasan daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, sila klik di sini.
11. Lagi laporan daripada Mstar Online : “Bekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS”, sila klik di sini.
12. Eksklusif! Rakaman Penangkapan Dr. Mohd Asri, sila klik di sini
13. Ulasan Mursyidul Am Pas - Nik Aziz kecewa tindakan melulu Jais, Sila Klik di sini.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts