Ini merupakan beberapa perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah yang sering dilakukan oleh golongan remaja atau yang sering mereka lihat
Tangkal
Ia wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang menggunakan benang, tulang, kayu dan sebagainya. Ada yang diletakkan di pintu rumah, meletak gunting bawah bantal, digantung di leher, meletak surah yasin di sebelah ketika tidur dan sebagainya.
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
“Sesungguhnya jampi-jampi (yang syirik), tangkal, dan guna-guna (sihir yang selalu isteri kenakan pada suami) adalah syirik”. [HR. Ahmad dalam Al-Musnad (1/381), Abu Daud dan lain-lain]
Termasuk tangkal ialah apabila kita menggantung ayat al-Quran seperti ayat Kursi, surah 3 kul dengan mempercayai ia akan menghalang syaitan. Adapun menggantung untuk memudahkan ia dibaca tidaklah menjadi masalah. Hendaklah adik-adik memerhatikan keadaan di rumah adik-adik. Wujudkah tangkal atau yang seumpama dengannya. Jika ada? Buang segera..
Horoskop- Horoscopes ialah bintang seseorang yang dengan itu dapat diramal kebaikan atau keburukannya. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir antara 21 Mac hingga 19 April memiliki bintang Aries, orang yang lahir antara 20 April hingga 20 Mei memiliki bintang Taurus dan demikianlah seterusnya.
Asal usul horoscopes ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk meramalkan kebaikan atau keburukan
Rasulullah menolak amalan sedemikian kerana ia adalah satu bentuk kekafiran. Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu ‘anh menerangkan:
صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ عَلَى إِثْرِ سَمَاءٍ كَانَتْ مِنْ اللَّيْلَةِ. فَلَمَّا انْصَرَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ: هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟ قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي كَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ.
Kami bersolat subuh bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap orang ramai dan bersabda:“Tahukah kalian apa yang difirmankan oleh Tuhan kalian?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallammenjawab (Allah berfirman): “Pada pagi ini ada di antara hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang.” [Sahih al-Bukhari:846].
Bermain-main dengan horoskop sekadar suka-suka tetap berdosa walau tidak merosakkan akidah. Ia sama dengan pergi berjumpa bomoh walau tidak mempercayainya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً.
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam [Sahih Muslim:2230].
Maka adik-adik hendaklah menjauhi daripada mengambil tahu tentang horoskop adik-adik dan rakan-rakan. Hendaklah menjauhkan diri daripada membaca horoskop atau apa-apa tilikan yang ada di majalah, facebook dan sebagainya. Ditakuti ia sedang mengancam akidah adik-adik.
Merasakan hukum hakam Islam tidak sempurna
Allah Ta’ala berfirman :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ(50)
“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Al-Maidah : 50)
Pernah seorang pelajar perempuan tingkatan tiga menyatakan kenapa perempuan kena pakai tudung, lelaki tidak, dan dia menyatakan bahawa ia tidak adil. Perkataan seumpama ini boleh merosakkan akidah kerana ia menunjukkan kita tidak yakin dengan kesempurnaan hukum hakam Allah.
Hendaklah adik-adik yakin bahawa Islam agama yang sempurna. Segala peraturan yang ada di dalamnya adalah sempurna. Jika kita benar-benar beriman Allah Maha Bijaksana, kenapa perlu kita meragui keputusannya?
Menghina hukum hakam
إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ ءَامَنُوا يَضْحَكُونَ(29)وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ(30)وَإِذَا انْقَلَبُوا إِلَى أَهْلِهِمُ انْقَلَبُوا فَكِهِينَ(31)وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلَاءِ لَضَالُّونَ(32)وَمَا أُرْسِلُوا عَلَيْهِمْ حَافِظِينَ(33)فَالْيَوْمَ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ(34)عَلَى الْأَرَائِكِ يَنْظُرُونَ(35)هَلْ ثُوِّبَ الْكُفَّارُ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ(36)
“Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. Dan apabila orang-orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang mu’min, mereka mengatakan: “Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat”, padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mu’min. Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir, mereka (duduk) di atas di tempat duduk sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (al-Muthaffifin:29-36)
Ia adalah lanjutan kepada ketidakyakinan dengan kesempurnaan Islam. Dosa ini termasuklah menghina orang yang melaksanakan Islam. Contohnya, kerana kita tidak mahu bersolat, kita menyatakan bahawa orang yang solat pun ada yang melakukan maksiat, atau kita tidak mahu menutup aurat, lalu kita menghina orang yang menutup aurat.
Sewajarnya, jika adik-adik masih belum sempurna mempraktiskan Islam, contohnya, tidak menutup aurat. Adik-adik hendaklah menghindarkan diri daripada mempertahankan maksiat yang adik-adik lakukan, sebaliknya ucaplah terima kasih kepada yang menasihati, dan berdoa serta berusahalah agar adik-adik diberi hidayah.
Bermain-main dengan agama
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ(65)لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ(66)
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta ma`af, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” (At-Taubah :65,66)
Ayat ini diturunkan ketika sebahagian umat Islam bersenda gurau dengan perkataan yang menghina Islam dan umat Islam. Oleh itu bergurau dengan hal-hal yang merendahkan Islam walau tanpa niat menghina, tetap merosakkan akidah. Ini sering berlaku walaupun sebenarnya gurauan itu tiada niat menghina Islam. Contohnya, adik melihat seorang kawan memakai tudung, lalu adik menggelarnya sebagai ‘mak nenek’, atau melihat seorang kawan berjanggut (membela janggut adalah sunnah), lalu adik mengejeknya sebagai kambing. Ia lumrah berlaku apabila kita sering bergurau-gurau tanpa mengetahui ia sudah melampaui batas.
Meniru amalan orang bukan Islam
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka.”[ HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan hadis ini sahih Irwa’ul Gholil no. 1269]
Ini termasuklah merayakan sambutan atau budaya orang bukan Islam seperti Krisma, Hallowen. Termasuk juga meniru pakaian yang menjadi ciri khusus orang kafir, dan cirri khusus ajaran sesat seperti black metal, skinhead dan lain-lain. Apa sahaja yang melambangkan orang kafir atau golongan fasiq hendaklah dijauhi.
Cinta Melebihi Cinta Kepada Allah
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah): mereka mencintainya sebagaiman mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih mencintai Allah (berbanding selainnya). [al-Baqarah 2:165]
Fenomena cinta di kalangan remaja, hingga sanggup menggadai maruah, adalah ditakuti kesan rosaknya akidah, akibat mencintai kekasi melebihi Allah. Bahkan ada kekasih pernah menyebutkan: my boyfriend is like my GOD to me. Nauzubillahi min dzalik
Percaya kepada sial
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لا َعَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ، وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ، وَفِرَّ مِنْ اَلْمَجْذُوْمِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الأَسَدِ.
Tidak boleh menjangkitkan penyakit, tidak boleh mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung, tidak boleh mempercayai Hama dan tidak boleh (mempercayai kecelakaan) pada bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa [Sahih al-Bukhari secara ta’liq]
Ini termasuk mempercayai jika ada biawak melintas ada nasib buruk, jika pinggan pecah ada sesuatu tidak elok berlaku dan sebagainya. Termasuk juga apa yang disebarkan melalui drama-drama mahupun movie tentang pen yang membawa tuah dan sebagainya.
Berjumpa bomoh
مَنْ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ أَوْ أَتَى امْرَأَتَهُ حَائِضًا أَوْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا فَقَدْ بَرِئَ مِمَّا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ.
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu membenarkannya atau menyetubuhi isterinya yang sedang haid atau menyetubuhi isterinya dari duburnya, maka dia telah lepas (keluar) daripada apa yang diturunkan ke atas Muhammad (yakni Islam) [Sunan Abu Daud:3904]
Jika tidak mempercayainya, maka solat tidak diterima empat puluh hari.
Mungkin adik-adik tidak pernah berjumpa bomoh, tetapi boleh jadi ibu bapa kita melakukannya. Peringatkanlah mereka, berikan mereka risalah ini. Sesungguhnya hal-hal ghaib hanya diketahui Allah!
“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya(untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). [al-Jin 72:26-27]
Sumber: http://www.intisonline.com/artikel/perosak-perosak-akidah-remaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
darulkautsar.net Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’ karan...
-
Oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah Pada kesempatanbulan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu lagi subjekfiqh yang jar...
-
Oleh: zain y.s (al-ahkam.net) Sumber: darulkautsar.net Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid...
-
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramad...
-
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada...
No comments:
Post a Comment