Dari sudut pandang Khalid Samad
Tidak perlu disebut lagi, semua telah tahu, UMNO/BN sedang berseronok dengan kemenangan mereka di Galas dan di Batu Sapi. Oleh itu, biarkan mereka. Biarkan mereka dibuai keseronokan, sedangkan yang bermaklumat di kalangan mereka sendiri sedar bahawa tiada yang perlu dibanggakan dengan kemenangan tersebut.
Ini kerana, kemenangan di Galas adalah hasil dari kejayaan BN mengerahkan pengundi orang asli khususnya untuk keluar beramai-ramai mengundi calon BN. Maka sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh pihak orang asli. Untuk PRK kali ini, hampir 90% dari orang asli keluar mengundi. Apa tidaknya, mereka dijamu dan dilayani sepanjang tempoh pilihan raya siang dan malam. Pihak ATM dikerahkan ke tempat-tempat mereka dan dianjurkan bermacam-macam kegiatan untuk menghiburkan orang asli. Di antara kegiatan yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Dari lebih kurang 1,600 pengundi orang asli, hanya 300 yang mengundi calon PAS. Ini bererti hampir 1,300 orang asli mengundi calon BN. Sedangkan majoriti BN hanya 1,190.
Kesimpulannya, kemenangan BN di Galas adalah hasil undi orang asli. Namun persoalannya adakah mampu BN melayan dan menghibur mereka sebegini rupa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang? Sudah pasti tidak; dan pada masa itu, insyaAllah dengan bantuan 300 pengundi orang asli yang istiqamah ini, kita akan mampu menyampaikan penerangan kita kepada mereka secara lebih berkesan. Pihak ATM pada masa itu di mana pula? Mereka akan dikerah pemimpin BN untuk ‘berkhidmat’ di kawasan mereka pula, kerana takut kalah. Galas akan dilupakan dan dengan itu akan kembali pada kita.
Di Batu Sapi pula, keadaannya berbeza. Orang asli tiada tetapi yang ada hanyalah orang Melayu. Kebanyakan mereka dari keturunan Bajau dan Bugis. Mereka merupakan golongan yang daif dan bergantung kepada pembesar-pembesar BN. Ada yang saya temui bekerja di kilang papan dengan gaji hanya RM 7 sehari! Anak anak mereka tidak ke sekolah kerana mereka tidak mampu. Mereka hidup di kampung air. Rumah rumah papan yang dibina atas tiang di dalam kawasan air, samada laut ataupun sungai. Tiada geran untuk rumah-rumah ini, ianya boleh dirobohkan pada bila-bila masa. Kedai runcit di kampung air ini menjual beras dalam plaktik kecil berharga RM 1, minyak masak dalam plastik lagi kecil berharga 50 sen. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Golongan inilah yang menjadi sasaran UMNO yang datang dengan ‘bantuan’ dan wang. Mereka datang mendengar ceramah yang dianjurkan PR tetapi pulang dalam keadan kecewa kerana tiada buah tangan untuk mereka bawa pulang. Mereka gembira apabila mendapatnya dari pimpinan BN. Bagi mereka pemimpin BN ‘kaya’ dan mampu menolong mereka. Pemimpin PR miskin maka tiada makna menyokong PR!
Sedangkan hakikatnya, kemiskinan mereka hasil dari dasar-dasar BN yang menghimpit mereka. 45 tahun berlalu dan golongan ini tetap dengan kedaifan mereka. Hanya pemimpin BN terus bertambah kaya. Dan duit yang diagihkan pula bukan dari kocek kocek UMNO/BN, tetapi dari sumber negara. Wang di saku pemimpin mereka tetap bertambah dan tidak berkurangan!
Tiada kedengaran seruan ‘hidup Melayu’ atau ‘ketuanan Melayu’ di Batu Sapi. UMNO turun berkempen untuk calon BN, Linda dari PBS. Siap mengadakan solat hajat di Masjid Karamunting sepertimana yang disiarkan di RTM 1. Hmm… kemana pergi si YB yang galak berkokok tempohari?
Linda yang tidak boleh bercakap bahasa melayu dipilih oleh Melayu Batu Sapi untuk mewakili mereka di Parlimen. Syabas diucapkan pada UMNO. Kemenangan Linda hasil kegigihan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayu (UMNO). Orang Melayu diwakili oleh seorang yang tidak mampu bercakap Melayu. Bagaimana mereka mengadu hal? Bagaimana dia mampu memahami keperitan hidup orang Melayu di kampung air? Bagaimana dia hendak berucap di Parlimen? Maka kemiskinan golongan Melayu ini akan berterusan, sepertimana ianya berterusan selama 45 tahun di bawah UMNO/BN.
Melalui Galas dan Batu Sapi; UMNO telah mengenal pasti formula kemenangan. Tumpu pada golongan miskin dan terdesak, yang tidak mampu menimba ilmu pelajaran. Lagi ramai yang begitu, maka lagi kuatlah sokongan untuk UMNO. Bila Melayu menjadi pandai dan berdikari, sokongan terhadap UMNO akan turut terjejas. Sepertimana yang terjadi di bandar-bandar di semenajung Malaysia. Maka kekalkan Melayu miskin dan tidak berpelajaran seperti di Batu Sapi. Jadikan mereka seperti orang asli di Galas. Atau jadikan mereka orang-orang yang boleh disogok dan dibeli. Inilah arah tuju yang ingin UMNO bawa untuk bangsa Melayu.
Drama tragis politik Negara, Melayu memusnahkan Melayu. Melayu miskin bukan kerana DAP, Melayu miskin kerana UMNO.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
darulkautsar.net Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’ karan...
-
Oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah Pada kesempatanbulan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu lagi subjekfiqh yang jar...
-
Oleh: zain y.s (al-ahkam.net) Sumber: darulkautsar.net Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid...
-
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramad...
-
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada...
No comments:
Post a Comment