Pandangan yang hebat dari seorang negarawan Malaysia berkaitan dengan keadaan dunia Islam dan Barat
KUALA LUMPUR (Berita Harian): Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara Barat harus menerima hakikat mereka berdepan dengan 1.6 bilion musuh yang berada di setiap pelosok dunia sekiranya masih menganggap umat Islam sebagai suspek pengganas.
Bekas Perdana Menteri berkata, jika Barat memilih untuk menghapuskan punca utama keganasan dan pembunuhan secara sembarangan pada masa kini, maka dunia ada peluang untuk kembali aman dengan rakyat bebas ke mana saja tanpa perasaan takut ditembak, diculik atau diletupkan.
Dr Mahathir berkata, peperangan menentang keganasan dilancarkan kuasa besar tidak dapat menghalang kehebatan perang gerila yang terbukti berjaya di Vietnam.
"Itulah kita saksikan di Iraq dan Afghanistan, kerajaan mungkin menyerah kalah, tapi gerila akan berjuang sampai ke penghujungnya.
"Kita hidup di dunia yang separuh bertamadun kerana kita percaya cara untuk menyelesaikan konflik antara negara dengan membunuh atas nama peperangan.
"Pemenang adalah mereka yang berjaya membunuh ramai orang," katanya dalam ucaptama pada majlis pembukaan Persidangan Agung untuk Pembelaan al-Quds di sini, semalam.
Dr Mahathir juga menjelaskan keadaan kucar-kacir hari ini berpunca daripada dasar imperalisme Barat lalu yang melaksana dasar kolonial yang menggaris sempadan, memisahkan rakyat dan mengubah demografi.
"Satu dari ketidakadilan terbesar dilakukan mereka adalah memberikan tanah Palestin kepada Yahudi untuk membentuk negara Israel," katanya.
Beliau turut menarik perhatian perwakilan dengan menyatakan kesangsian berhubung serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.
"Saya kini tidak pasti sama ada pengganas Islam yang melancarkan serangan itu.
"Ada bukti kukuh serangan itu dirancang. Jika mereka mampu menghasilkan 'Avatar' (filem fiksyen sains yang mendapat anugerah Blockbuster), maka mereka boleh buat apa saja," katanya.
Dr Mahathir juga meluahkan kekecewaan terhadap Presiden Barack Obama yang tidak mengotakan janjinya membawa keamanan kepada dunia dan kesediaan memulihkan hubungan dengan negara Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
darulkautsar.net Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’ karan...
-
Oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah Pada kesempatanbulan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu lagi subjekfiqh yang jar...
-
Oleh: zain y.s (al-ahkam.net) Sumber: darulkautsar.net Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid&...
-
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramad...
-
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada...
No comments:
Post a Comment